Category: Parlimen

Posted on: 18/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

25 Rang Undang-undang diluluskan Sidang Parlimen

Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang diluluskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata 25 Rang Undang-undang yang diluluskan itu berkait rapat dengan kestabilan negara, ekonomi dan kebajikan rakyat, serta melibatkan beberapa aspek antaranya kewangan, pertanian, industri makanan, jenayah dan kehakiman. “Semua Rang Undang-undang yang diluluskan akan menjalani proses yang sewajarnya sebelum ia dapat dikuatkuasakan…

Posted on: 12/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dewan Negara lulus tiga rang undang-undang

Dewan Negara semalam meluluskan Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022. Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ketika menggulung usul perbahasan Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 berkata pindaan bertujuan memastikan caruman anggota tentera dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selamat. Beliau berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana salah laku berkaitan caruman. Sementara itu, Rang…

Posted on: 10/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dewan Negara lulus Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan mengambil pelbagai langkah bagi menggalakkan golongan suami membuat caruman untuk isteri di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).  Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata ia termasuk cadangan agar  suami yang mencarum dapat  diberi insentif pelepasan cukai pendapatan dan insentif padanan caruman dengan sebahagian caruman boleh ditanggung oleh pihak tertentu seperti kerajaan. “Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dengan mengambil kira implikasi kewangan. Pasukan teknikal juga akan…

Posted on: 10/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Larangan bertukar parti: Perdana Menteri akan maklum kerajaan negeri pinda Perlembagaan Negeri

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memaklumkan kepada semua kerajaan negeri untuk membuat pindaan terhadap perlembagaan negeri masing-masing selaras dengan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut di Dewan Negara semalam. “Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri selepas…

Posted on: 04/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kebocoran data: Pengguna data dicadang wajib lantik pegawai perlindungan data

Semua pengguna data akan diwajibkan melantik pegawai perlindungan data menerusi cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata cadangan pindaan turut meliputi pengenalan kepada notifikasi ketirisan data yang mewajibkan semua pengguna data untuk melaporkan kebocoran data kepada Pesuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dalam tempoh 72 jam. ‘Pengguna data’  bermaksud seseorang yang sama ada berseorangan atau bersesama atau bersama dengan orang lain…

Posted on: 04/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Skop kelayakan PerantiSiswa diperluas, agihan fasa pertama bermula bulan ini

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memperluaskan skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa kepada empat lagi kategori pelajar B40, tambahan kepada kategori sebelum ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKomm) Tan Sri Annuar Musa berkata empat kategori itu ialah pelajar program asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pelajar program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), pelajar semester 1 dan 2 sekolah menengah (Tingkatan 6) di bawah KPM…

Posted on: 01/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Elaun JKM, impak pemansuhan UPSR, PT3 antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini

Isu kenaikan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaras dengan kenaikan kos sara hidup antara perkara yang akan dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini. Persoalan itu akan diajukan oleh Mohd. Salim Sharif (BN-Jempol) semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mohd. Salim ingin tahu sama ada kementerian mempunyai rancangan untuk menaikkan kadar bantuan bulanan kepada penerima sedia ada supaya ia selari dengan kenaikan kos…

Posted on: 28/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rang Undang-undang: Larang rokok, peranti dijual kepada individu lahir 2007 dan seterusnya

Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang antara lain  memperuntukkan larangan individu  yang lahir pada 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau peranti merokok dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam. Menurut rang undang-undang itu, individu berkenaan yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi…

Posted on: 26/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang diharap dapat menjamin kesejahteraan sosial suri rumah, keluarga dan masyarakat menerusi skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang bakal diwujudkan. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim ketika membentangkan rang undang-undang yang mengandungi 11 bahagian, 97 fasal dan lapan jadual itu untuk bacaan kali kedua semalam, berkata pelaksanaan SKSSR oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) adalah perluasan jaringan keselamatan sosial kepada kumpulan masyarakat yang tidak dilindungi selama…

Posted on: 25/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPLB buat garis panduan baharu untuk PPRT dilaksana tahun ini

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membuat garis panduan baharu bagi memastikan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dapat dilaksanakan tahun ini. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pada masa ini tiada kontraktor yang mahu membina rumah PPRT yang bernilai RM56,000 sebuah disebabkan masalah harga. “Dengan kadar harga RM56,000 sebuah rumah PPRT yang sekarang ini memerlukan lebih kurang RM67,000 (sebuah) untuk pelaksanaan dan tidak ada kontraktor yang sanggup membina pada…