Category: Ekonomi

Posted on: 26/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pakej rangsangan, pembukaan semula sektor ekonomi kurangkan impak besar COVID-19

Pelbagai  langkah yang diambil oleh kerajaan dalam melaksanakan pakej rangsangan dan pembukaan semula sektor ekonomi secara beransur-ansur telah mengurangkan impak besar daripada krisis pandemik COVID -19 dan menyokong pemulihan semula pertumbuhan ekonomi. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ekonomi negara terus mengukuh apabila Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi suku kedua 2022 mencatat pertumbuhan sebanyak 8.9 peratus, lebih tinggi berbanding 5.0 peratus yang dicatat pada suku pertama 2022. Menurut…

Posted on: 26/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2023 beri tumpuan pemulihan ekonomi selepas COVID-19

Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha pemulihan ekonomi negara dalam Bajet 2023 yang akan dibentang di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata sebelum ini tumpuan diberikan kepada sektor kesihatan dan apabila hampir selesai COVID-19 tumpuan menjurus kepada pemulihan ekonomi negara. “Tugas utama Perdana Menteri dan seluruh Kabinet ialah memastikan inflasi terkawal, peluang pekerjaan terus diwujudkan dan Perusahaan Kecil…

Posted on: 23/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bank Negara Malaysia pantau rapi pasaran kewangan susulan keadaan perkembangan luar kukuhkan dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau dengan rapi dan memastikan pasaran kewangan terus teratur dalam keadaan perkembangan luaran yang telah menyebabkan dolar Amerika Syarikat (AS) terus kukuh berbanding dengan hampir semua mata wang termasuk ringgit. Dalam kenyataan pada Jumaat, BNM menjelaskan nilai dolar AS telah menjadi kukuh dengan ketara disebabkan oleh dasar monetari di AS yang diperketat secara agresif. “Keadaan kewangan global yang lebih ketat dan volatiliti yang lebih ketara dalam…

Posted on: 23/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inflasi Januari-Ogos 2022 catat 3.1 peratus, selari dengan jangkaan pasaran

Kadar inflasi negara meningkat 3.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022, selari dengan jangkaan pasaran sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ini, didorong oleh permintaan dalam negara yang kukuh, harga komoditi yang masih tinggi dan gangguan dalam rantaian bekalan global, kata  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata bagi Ogos 2022, kadar inflasi negara meningkat sedikit kepada 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai 2022…

Posted on: 21/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kadar pertukaran Ringgit fleksibel penting untuk sokong ekonomi domestik

Kadar pertukaran ringgit yang fleksibel merupakan satu dasar penting bagi mengimbangi keperluan menyerap kejutan luaran untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik meskipun dalam keadaan pasaran kewangan dan kadar pertumbuhan ekonomi global yang tidak menentu.  Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata  kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) akan sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan yang stabil dan lancar selain mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kecairan yang mencukupi serta pasaran berdaya tahan bagi memastikan kestabilan…

Posted on: 21/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sektor kewangan berperanan penting kurangkan risiko perubahan iklim

Sektor kewangan berperanan penting membantu ekonomi dan masyarakat dalam mengurangkan risiko perubahan iklim, dan gerak balasnya pada beberapa tahun akan datang akan mempengaruhi cara institusi kewangan berinteraksi dengan perniagaan, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Jessica Chew Cheng Lian. Beliau berkata sejajar dengan Malaysia yang komited untuk mencapai sasaran pelepasan sifar bersih pada 2050, taksonomi sektor kewangan juga dijangka menggalakkan aliran modal ke arah menyokong kegiatan peralihan, selain…

Posted on: 20/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Eksport Malaysia meningkat 48 peratus kepada RM141 bilion pada Ogos

Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Ogos 2022 dengan eksport meningkat 48.2 peratus kepada RM141.33 bilion, pertumbuhan dua digit yang ke-13 bulan berturut-turut, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Import melonjak 67.6 peratus kepada RM124.41 bilion dan lebihan dagangan berjumlah RM16.92 bilion.  Perdagangan meningkat 56.7 peratus kepada RM265.74 bilion berbanding Ogos 2021, pertumbuhan dua digit yang ke-19 bulan berturut-turut, katanya dalam kenyataan hari ini. “Pertumbuhan eksport telah disumbangkan oleh peningkatan eksport barangan elektrik…

Posted on: 14/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan, disokong kepelbagaian ekonomi

Malaysia tidak mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi memandangkan struktur kepelbagaian ekonominya yang kurang bergantung kepada komoditi, selain mengamalkan dasar pragmatik dan responsif, kata Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar. Beliau berkata sektor pertanian dan perlombongan kini hanya menyumbang 14 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, manakala sektor perkhidmatan menyumbang 57 peratus dan sektor pembuatan pula sebanyak 24.3 peratus. “Kepelbagaian rakan dagangan kami — kami tidak terlalu bergantung kepada satu…

Posted on: 14/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 21.2 peratus pada Julai 2022

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 21.2 peratus bulan ke bulan pada Julai 2022, menurut Jabatan Perangkaan Mlalaysia (DoSM). Jabatan itu menjelaskan perbandingan tahun ke tahun pula menunjukkan pengeluaran getah asli susut 21.8 peratus. “Pengeluaran getah asli Malaysia pada Julai 2022 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil sebanyak 88.5 peratus berbanding sektor estet sebanyak 11.5 peratus,” menurut DOSM dalam kenyataan mengenai Perangkaan Getah Bulanan Malaysia, Julai 2022 yang dikeluarkan pada Rabu.…

Posted on: 14/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2023: LIAM harap kerajaan naikkan pelepasan cukai insurans hayat

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berharap kerajaan akan menaikkan pelepasan cukai individu bagi premium insurans hayat daripada RM3,000 kepada RM5,000 pada pembentangan Bajet 2023 yang akan datang. Menurut persatuan itu, pandemik COVID-19 telah menyedarkan semua individu bahawa kehidupan adalah tidak menentu dan menegaskan kepentingan untuk melindungi diri sendiri dan orang tersayang dari segi kewangan dalam situasi yang tidak dapat diramal atau kehilangan pencari nafkah dalam keluarga. “Mempunyai polisi insurans hayat…