Category: Kesihatan

Posted on: 30/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga vaksin COVID-19

Golongan kurang daya tahan imun sederhana hingga teruk berumur antara lima dan 11 tahun serta antara 12 dan 17 tahun dicadangkan menerima dos ketiga vaksin COVID-19 bagi melengkapkan vaksinasi primer tiga dos, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Menerusi kenyataan semalam berhubung keputusan yang dicadangkan Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) bagi vaksin COVID-19 itu, Khairy berkata prosedur atau mekanisme bagi pelaksanaan dos ketiga serta dos penggalak pertama bagi remaja akan dimuktamadkan dan…

Posted on: 28/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelan strategik perangi masalah bantut diluluskan

Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kanak-Kanak di Malaysia dalam mesyuarat pertamanya semalam meluluskan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak 2022-2030. Jawatankuasa khas itu dianggotai Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mengkaji penyebab peningkatan kadar bantut yang tinggi melibatkan faktor pemakanan, persekitaran dan kemudahan. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pelan strategik kebangsaan itu akan…

Posted on: 27/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kes ILI dalam negara terkawal, jangkitan biasa

Kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) dalam negara pada masa ini adalah terkawal meskipun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata orang ramai terutama ibu bapa tidak perlu bimbang berikutan penyakit tersebut adalah jangkitan biasa dan akan timbul dari semasa ke semasa selain pesakit hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan diri sahaja. “Kes influenza ini akan bertambah dari semasa ke semasa sebab Perintah Kawalan Pergerakan…

Posted on: 24/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID-19: Gelombang baharu dijangka berlaku lebih awal

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata gelombang baharu jangkitan COVID-19 di negara ini dijangka berlaku lebih awal daripada jangkaan dua hingga tiga bulan akan datang berdasarkan peningkatan kes harian. Khairy bagaimanapun berkata negara bersedia menghadapi gelombang baharu COVID-19 dan menegaskan kenyataannya bukan untuk menakutkan rakyat tetapi lebih kepada langkah pencegahan supaya dapat mengawalnya ketika fasa peralihan ke endemik kini. “Saya rasa mungkin gelombang itu lebih awal berdasarkan kepada ramalan yang kita sedang buat. Contohnya semalam,…

Posted on: 22/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ini bukan pandemik terakhir, sistem kesihatan diperkukuh

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menegaskan usaha memperkukuh  sistem kesihatan awam negara mestilah dibuat bermula sekarang, untuk membolehkan kementeriannya menangani masalah-masalah kesihatan awam bagi tahun mendatang.  Beliau berkata ini selepas mengambil kira pengajaran daripada COVID-19 serta kemungkinan berlaku pandemik lain pada masa hadapan.  “Kita tahu bahawa pandemik COVID-19 bukan hanya satu-satu pandemik yang akan dihadapi oleh manusia dan kita bakal menghadapi banyak lagi pandemik. Ini (pandemik COVID-19) bukanlah pandemik terakhir,” katanya. Oleh itu, katanya transformasi yang…

Posted on: 20/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia lapor sifar kematian akibat COVID-19

Buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.  “Peralihan berterusan kita kepada  endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Marilah kita berdoa ia terus membuahkan hasil,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya semalam. Sementara itu, sebanyak 1,294,225 atau 36.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Menurut portal COVIDNOW, sejumlah 1,737,624 kanak-kanak atau 49…

Posted on: 20/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PICKids: Pemberian vaksin dibuka lima hari bermula hari ini sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai hari ini sehingga 24 Jun untuk pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang berumur lima tahun hingga 11 tahun. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pembukaan program vaksinasi itu adalah bersempena Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 yang disambut pada 16 Jun lepas, bertemakan “Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua”. “Pembukaan vaksinasi ini adalah bagi meraikan ibu bapa yang kini berhasrat mendapatkan vaksin COVID-19 bagi…

Posted on: 13/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kes baharu COVID-19 meningkat 0.4 peratus minggu lepas

Bilangan kes baharu COVID-19 di negara ini bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-23 dari 5 hingga 11 Jun meningkat sebanyak 0.4 peratus iaitu 11,096 kes berbanding 11,052 kes pada minggu sebelumnya (ME ke-22). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 4,524,727 kes. Beliau berkata purata kes aktif setiap hari bagi ME ke-23 pula menurun sebanyak 5.5 peratus iaitu 22,013  kes berbanding minggu sebelumnya.…

Posted on: 10/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia kesan dua sub varian Omicron

Malaysia telah mengesan dua kes BA.5 dan satu BA.2.12.1, yang merupakan sub varian Omicron. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan kali pertama varian itu di kesan dalam negara. “Kedua-dua telah dikategorikan oleh WHO (Organisasi Kesihatan dunia) sebagai VOC-LUM (jenis di bawah pemerhatian) di bawah varian Omicron. Setakat ini, faktor risiko kekal sama,” katanya dalam ciapannya semalam. Kedua-dua varian telah dilaporan sebagai versi untuk lebih mudah berjangkit berbanding virus asal…

Posted on: 09/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kes HFMD dijangka turun dua hingga tiga minggu lagi

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) akan menurun dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata penularan penyakit itu biasanya berlaku secara bermusim dan apabila tahap imuniti kanak-kanak meningkat, kes jangkitan akan turun dengan sendirinya. “Ia (HFMD) akan mula dan akan jadi gelombang dan tak sampai sebulan ia akan turunlah dengan signifikan sendirinya. “Apabila ramai kanak-kanak terdedah kepada virus-virus tersebut, maka…