Category: Berita Terkini

Posted on: 30/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MetMalaysia keluar nasihat Lekukan Tropika Chaba

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (Chaba) yang dikesan pada Latitud 15.7 Utara dan Longitud 114.1 Timur, kira-kira 531 kilometer (km) ke Tenggara Wenqu, Pulau Hainan, China. MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini memaklumkan ribut itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 65km/j. Menurut MetMalaysia, jarak lekukan tropika itu dengan bandar terdekat ialah kira-kira 1,025 km ke utara barat laut Kudat, Sabah dan tiada kesan signifikan…

Posted on: 30/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Harga siling baharu ayam dan telur berkuatkuasa mulai 1 Julai 2022

Kerajaan semalam memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam tetapi meneruskan subsidi dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai Jumaat ini (1 Julai 2022). Mesyuarat Jemaah Menteri semalam bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata dengan pelaksanaan…

Posted on: 29/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara di sini, hari ini. Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat sarjana. Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara manakala 10 lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini. Penuntut menerima…

Posted on: 29/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri, daerah akan ditubuhkan

Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri dan daerah akan ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 yang sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri semalam dan turut dihadiri oleh Menteri-menteri Kabinet yang berkaitan. Ismail Sabri berkata mesyuarat itu memberikan penekanan untuk mengukuhkan kerjasama antara Kerajaan…

Posted on: 28/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jawatankuasa Khas Penyeragaman Kos Caj dan Fi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi ditubuh

Kerajaan hari ini membuat keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyeragaman Kos Caj dan Fi bagi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di peringkat negeri. Perkara itu diputuskan pada  Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang  dipengerusikan  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta turut dihadiri Menteri-Menteri Kabinet berkaitan. Ismail Sabri berkata penubuhan jawatankuasa itu  adalah bagi mengkaji dan mencadangkan mekanisme penyeragaman kos caj dan fi yang dikenakan bagi pembangunan infrastruktur komunikasi di seluruh…

Posted on: 28/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelbagai program sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia untuk rakyat Perak

Pelbagai program dan pengisian menarik akan dianjurkan untuk rakyat di Perak pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang dijadual berlangsung dari 1 hingga 3 Julai ini di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah di Pasir Salak. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata antara yang akan  dianjurkan adalah Karnival Jualan Keluarga Malaysia, Karnival Kerjaya Jamin Kerja serta turut disediakan gerai jualan usahawan industri kecil…

Posted on: 28/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tarif asas elektrik bagi pengguna di Semenanjung kekal

Pengguna domestik kategori kediaman serta pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri di Semenanjung Malaysia tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2022 melalui pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT). Suruhanjaya Tenaga (ST)  berkata pelaksanaan mekanisme ICPT itu membolehkan pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan serta tiada surcaj dikenakan untuk pengguna domestik manakala surcaj 3.70 sen/kWj untuk pengguna…

Posted on: 24/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keputusan STAM keluar 30 Jun Ini

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan dikeluarkan pada 30 Jun ini. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan semalam memaklumkan calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama. “Di samping itu, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan…

Posted on: 23/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Isyarat pertama MEASAT-3d berjaya diterima

Tepat 6.41 pagi waktu Malaysia, isyarat telemetri pertama daripada MEASAT-3d diterima, sekali gus menandakan pelancaran satelit itu berjaya sepenuhnya. Detik bersejarah itu diumumkan di Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini yang menjadi venue siaran langsung pelancaran satelit MEASAT-3d dari Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana, Amerika Selatan pada 5.50 pagi waktu Malaysia (6.50 petang waktu tempatan 22 Jun). Proses pemisahan pertama dari roket pelancar Ariane-5 berlaku pada 6.19 pagi…

Posted on: 23/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MEASAT-3d berjaya dilancar di French Guiana pada 5.50 pagi waktu Malaysia

Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan di French Guiana, Amerika Selatan pada 6.50 petang waktu tempatan 22 Jun (5.50 pagi waktu Malaysia, 23 Jun). Satelit telekomunikasi milik MEASAT itu dilancarkan menerusi roket pelancar Ariane-5 di Pusat Angkasa Lepas Guiana yang terletak kira-kira 17,000 kilometer dari Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek mengetuai delegasi Malaysia ke tapak pelancaran roket itu. Beliau turut disertai Duta Besar Malaysia di Perancis Datuk Mohd Zamruni Khalid, Menteri Sains Teknologi dan…