Posted on: 14/01/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan harapan agar Pesta Ponggal yang diraikan bermula hari ini dapat memupuk perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Beliau turut berharap perayaan yang akan disambut sehingga Isnin depan itu memberi kemakmuran dan membuka peluang baharu kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut oleh masyarakat India sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki.  

Katanya pepatah ‘Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum’ yang membawa erti ‘permulaan Thai membuka peluang baharu’ sering diucap berkait dengan perayaan Ponggal. 

Sumber: BERNAMA