Category: Info Sosial

Posted on: 17/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos

Kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata kekerapan antara tren akan dikurangkan daripada lapan minit kepada sekurang-kurangnya lima minit selepas lebih banyak gerabak rosak diperbaiki. “Kita dah kenal pasti apa sebabnya, sekarang perlu dibuat pembaikan. Jadi Ogos ini interim progress kita kekerapan pada lima minit dan November barulah kita dapat membaiki…

Posted on: 17/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Daftar Pemilih Tambahan Mei 2022 dibuka untuk semakan

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2022 (DPT BLN5/2022) yang telah diperaku dan diwartakan,  kini dibuka untuk semakan bagi tempoh 30 hari bermula semalam hingga 15 Julai.  Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan semalam berkata  DPT BLN5/2022 mengandungi nama bagi 38,798 warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas bagi tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Mei lepas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Beliau berkata DPT BLN5/2022…

Posted on: 13/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perdana Menteri seru Keluarga Malaysia amal konsep Tasamuh dalam bermasyarakat

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menyeru agar Keluarga Malaysia mengamalkan konsep Tasamuh dalam bermasyarakat dan menjadikan ia perkara utama untuk bergerak ke hadapan sejajar dengan peredaran masa. Beliau berkata Tasamuh adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud toleransi atau berlapang dada  iaitu bersikap menerima dan damai terhadap sebarang keadaan misalnya toleransi dalam agama adalah sikap saling menghormati hak serta kewajipan antara agama. Perdana Menteri berkata dalam realiti Keluarga…

Posted on: 09/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tiada lagi transaksi tunai di PUSPAKOM mulai 1 Julai

Transaksi pembayaran bagi semua jenis pemeriksaan kenderaan di  Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai 1 Julai depan. Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM Shukor Ismail dalam kenyataan hari ini berkata pelaksanaan urus niaga tanpa tunai berkenaan akan dikuatkuasakan di semua 54 pusat pemeriksaan agensi itu di seluruh negara mulai tarikh itu. Katanya pelanggan boleh membuat bayaran secara dalam talian melalui pilihan e-dompet, kad debit atau kad kredit. Menurutnya…

Posted on: 08/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MRT laluan Putrajaya Fasa 2 siap 98 peratus, dijangka beroperasi Januari tahun depan

Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral kini sudah mencapai tahap 98 peratus siap, kata Pengarah Projek MRT Putrajaya Line Datuk Amiruddin Ma’aris. Beliau berkata operasi fasa dua dijangka bermula Januari tahun depan sekali gus akan membolehkan tren melalui keseluruhan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.  “Antara aktiviti sedang dijalankan termasuk kerja seni bina, jalan penghubung, landskap serta pengujian dan pentauliahan,” katanya…

Posted on: 02/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Empat aplikasi Tabung Haji di Makkah mudah diguna, salur maklumat penting

Mudah, penuh dengan maklumat dan mesra pengguna. Itulah kelebihan bakal diperoleh apabila menggunakan empat aplikasi yang dibangunkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) ketika berada di Makkah iaitu THhujjaj, Hajjmobility, E-Taib dan E-bimbingan sempena musim Haji tahun ini. Pengarah Operasi Bahagian Teknologi Maklumat Haji TH Shamsul Kamar Hussein Kamal berkata aplikasi itu bukan sahaja boleh menjadi saluran maklumat penting untuk petugas tetapi juga mampu menjadi rujukan kepada pelbagai persoalan bagi 14, 306…

Posted on: 27/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jualan tiket ETS, KTM Intercity bagi Julai hingga Disember dibuka mulai Jumaat

Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity dibuka mulai hari ini bagi perjalanan dari 1 Julai sehingga 31 Disember tahun ini berdasarkan jadual waktu sedia ada. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi dengan 32 perkhidmatan melibatkan 10 laluan KL Sentral-Butterworth, 10 laluan KL Sentral-Ipoh, lapan laluan KL Sentral-Padang Besar, dan masing-masing dua laluan Gemas-Butterworth dan Gemas-Padang Besar. Perkhidmatan KTM Intercity pula beroperasi dengan…

Posted on: 25/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penerbangan pertama haji tahun ini dijangka pada 4 Jun

Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka  pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei berikutan pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan Rukan Islam kelima itu berbanding kebiasaannya. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata anjakan tarikh berkenaan juga adalah berdasarkan rundingan dengan syarikat-syarikat penerbangan. Beliau berkata jika dahulu penerbangan yang melibatkan jemaah haji adalah berjumlah 80 penerbangan tetapi ia…

Posted on: 23/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Operasi PPSN dilanjut hingga Sabtu bermula 4 Jun

Institut Sukan Negara (ISN)  akan melanjutkan operasi harian Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN)  hingga Sabtu setiap minggu bermula 4 Jun depan berikutan permintaan perkhidmatan menggalakkan di pusat berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli berkata ia bagi memberi peluang kepada golongan pekerja dan pelajar menggunakan perkhidmatan PPSN tanpa mengganggu waktu bekerja dan persekolahan mereka.  “Objektif penubuhan PPSN sememangnya ingin menawarkan perkhidmatan perubatan sukan kepada orang awam selain kepada atlet negara. “Jadi, apabila dapat…

Posted on: 20/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penerima MyCRS digesa segera beli kerusi keselamatan kanak-kanak

Penerima yang telah disenarai layak menerima subsidi di bawah Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS) digesa supaya segera membeli kelengkapan itu. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam kenyataan semalam memaklumkan sehingga kini, jumlah penerima yang layak adalah 231,012 daripada 427,798 pemohon, melebihi 20 peratus daripada sasaran asal jumlah penerima subsidi iaitu 188,000 penerima. Menurut MIROS peruntukan subsidi berjumlah RM30 juta adalah terhad kepada 188,000 penerima sahaja dengan seorang penerima hanya layak…