Tag: Fasa 2

Posted on: 19/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa 2 dibuka 1 Ogos – 30 September

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa kedua akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 30 September dan diperluaskan kepada penuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta siswa siswi di kolej matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pelajar dalam kalangan B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan layak mengemukakan permohonan bagi program tersebut. “Penyampaian peranti fasa dua dijangka dapat dilakukan sebaik sahaja proses permohonan fasa dua ditutup,…

Posted on: 27/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

BKM: Bantuan cecah RM8.2 bilion, tertinggi dalam sejarah

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Dalam kenyataan hari ini, beliau memaklumkan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, BKM Fasa 2 ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.2 bilion. “Sebagai…

Posted on: 08/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MRT laluan Putrajaya Fasa 2 siap 98 peratus, dijangka beroperasi Januari tahun depan

Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral kini sudah mencapai tahap 98 peratus siap, kata Pengarah Projek MRT Putrajaya Line Datuk Amiruddin Ma’aris. Beliau berkata operasi fasa dua dijangka bermula Januari tahun depan sekali gus akan membolehkan tren melalui keseluruhan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.  “Antara aktiviti sedang dijalankan termasuk kerja seni bina, jalan penghubung, landskap serta pengujian dan pentauliahan,” katanya…

Posted on: 18/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- Bayaran Program i-Sejahtera Fasa 2 bermula hujung April

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melaksanakan pembayaran fasa kedua Program i-Sejahtera 2022 bermula hujung April ini. Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri Phee Boon Poh berharap perkara tersebut akan diselesaikan sepenuhnya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.  “Mengikut rekod, sehingga 16 Mac 2022, jumlah penerima sumbangan bagi pembayaran Fasa 2/2022 yang telah mengemas kini maklumat akaun bank adalah seramai 10,791 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata untuk…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Jemaah di Kelantan syukur dapat laksana solat Jumaat di masjid

Penduduk di daerah ini meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali menunaikan solat Jumaat di masjid hari ini setelah sekian lama tidak berpeluang menjejakkan kaki ke rumah ibadat susulan pandemik COVID-19. Kelantan yang kini dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) membenarkan had bilangan jemaah untuk menunaikan solat fardu lima waktu termasuk solat Jumaat mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musala di seluruh negeri itu. Tinjauan Bernama di Masjid Muhammadi, di…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: MRT laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus, dijangka beroperasi Januari 2023

Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua kini siap  93.52 peratus dan dijangka beroperasi pada Januari 2023 seperti yang dijadualkan.  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata infrastruktur utama seperti terowong, stesen dan struktur lain telah siap dibina dan baki kerja yang perlu disiapkan antaranya merangkumi perkhidmatan bangunan, kemasan seni bina dan landskap.  “Saya amat berbesar hati melihat tahap kemajuan ini, dan saya yakin Fasa Dua Laluan…

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Johor ke Fasa Dua hari ini, peniaga tarik nafas lega

Peniaga di sebuah pusat beli-belah popular di bandar raya ini menarik nafas lega apabila perniagaan mereka mulai rancak menerima kunjungan orang ramai pada hari pertama peralihan Johor ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini. Pemilik kedai makan Hj Wahid Mee Rebus, Abdul Halim Wahid, 65, berkata dia menjangkakan kehadiran pengunjung akan lebih meriah pada hari minggu susulan orang ramai yang telah lengkap vaksinasi kini boleh merentas daerah. “Sebelum…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Hargailah ‘kebebasan’ bila negeri beralih Fasa 2

PENGUMUMAN kawasan Lembah Klang beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sudah pasti berita yang cukup dinanti-nantikan. Mana tidaknya, dua tahun kita berkurung dan bergelut dengan prosedur operasi standard (SOP) yang berubah-ubah sebelum ini, berganjaknya pelan pemulihan ke fasa dua di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya diharap menjadi penanda aras kepada titik peralihan sebenar negara daripada wabak Covid-19 ini. Mengumumkan berita gembira itu minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sekolah akan dibuka dengan sistem penggiliran bermula 3 Oktober

Sesi persekolah akan dibuka semula secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober depan dengan kapasiti 50 peratus murid secara penggiliran mingguan bagi pembelajaran bersemuka. Kelas secara fizikal itu hanya melibatkan negeri di bawah Fasa 3 dan 4 manakala negeri di bawah Fasa 1 dan 2, sekolah kekal ditutup kecuali bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160986/BERITA/Nasional/Sekolah-akan-dibuka-dengan-sistem-penggiliran-bermula-3-Oktober Sumber: Sinar Harian/Berita RTM