Kerajaan sedang atasi kekurangan bahan mentah industri koko
Kerajaan bersama pihak berkepentingan sedang berusaha mengatasi isu kekurangan bahan mentah yang dihadapi industri koko negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata penghasilan bahan mentah dalam negara terutama biji koko pada masa ini tidak dapat menampung permintaan yang diperlukan bagi pasaran produk koko dalam negara, apatah lagi untuk memenuhi permintaan pasaran luar negara. Katanya salah satu langkah penting sedang diusahakan kerajaan untuk mengatasi isu itu adalah meningkatkan aktiviti huluan industri…