Tag: MRT

Posted on: 24/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel bermula 4.30 pagi pada 31 Ogos

Semua operasi rel merangkumi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan bermula pukul 4.30 pagi pada 31 Ogos ini, bagi memberi peluang kepada warga kota menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.  Selain itu, Rapid KL dalam satu kenyataan semalam turut memaklumkan kekerapan tren juga akan ditambah mengikut keperluan semasa operasi. “Operasi tren yang diawalkan melibatkan laluan LRT Ampang/Sri Petaling, LRT Kelana Jaya, Monorel KL, MRT Kajang…

Posted on: 16/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pembukaan MRT Laluan Putrajaya rancakkan pembangunan kawasan lama

Pembukaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya dijangka mencetus dan merancakkan semula pembangunan di kawasan-kawasan lama atau yang belum dibangunkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  Beliau berkata melalui pembukaan laluan itu, kerajaan yakin kawasan sepanjang jajaran seperti Jinjang, Sungai Buloh, Kepong dan Bandar Sri Damansara akan membangun lebih pesat, setara dengan kawasan-kawasan di bandar lain. “MRT Laluan Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu…

Posted on: 08/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MRT laluan Putrajaya Fasa 2 siap 98 peratus, dijangka beroperasi Januari tahun depan

Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral kini sudah mencapai tahap 98 peratus siap, kata Pengarah Projek MRT Putrajaya Line Datuk Amiruddin Ma’aris. Beliau berkata operasi fasa dua dijangka bermula Januari tahun depan sekali gus akan membolehkan tren melalui keseluruhan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.  “Antara aktiviti sedang dijalankan termasuk kerja seni bina, jalan penghubung, landskap serta pengujian dan pentauliahan,” katanya…

Posted on: 04/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH- Prasarana adakan latihan persediaan pembukaan MRT laluan Putrajaya

Prasarana  telah mengadakan latih  amal pelan tindakan kecemasan (ERP)  bersama agensi-agensi tindakan kecemasan sebagai persediaan pembukaan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya tidak lama lagi. Prasarana dalam kenyataan semalam memaklumkan latihan yang diadakan di Stesen Sri Damansara Sentral pada 22 Mac lepas melibatkan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Selayang dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Latih amal dengan kod nama ‘X-PERT’ itu melibatkan simulasi insiden sebuah kereta melanggar…

Posted on: 17/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerjasama KPDNHEP, MRT perkasa advokasi kepenggunaan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam Transit Aliran Massa (MRT) sebagai satu langkah memperkasa program advokasi kepenggunaan kepada masyarakat. Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata  kerjasama itu dilihat bersesuaian dan mampu mencapai impak positif berikutan capaian kepada pengguna dimiliki MRT dengan purata 62,000 penumpang sehari yang kebanyakannya tinggal di sekitar Lembah Klang. Beliau berkata setiap hari pengguna akan menghabiskan sebahagian…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ambil perhatian-Tiga stesen MRT ditutup sementara

Tiga stesen Transit Aliran Massa (MRT) akan ditutup sementara bermula Sabtu ini, bagi membolehkan stesen tersebut dimigrasi menjadi sebahagian daripada MRT Laluan Putrajaya. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana Malaysia Berhad Datin Norlia Noah berkata Stesen MRT Kwasa Damansara, Kampung Selamat dan Sungai Buloh, akan ditutup sementara sehingga pelancaran MRT laluan Putrajaya Fasa Satu pada akhir bulan depan. “Semua tren MRT dari Kajang akan berhenti di Stesen MRT Kawasan Sentral. “Bagi penumpang…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: MRT laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus, dijangka beroperasi Januari 2023

Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua kini siap  93.52 peratus dan dijangka beroperasi pada Januari 2023 seperti yang dijadualkan.  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata infrastruktur utama seperti terowong, stesen dan struktur lain telah siap dibina dan baki kerja yang perlu disiapkan antaranya merangkumi perkhidmatan bangunan, kemasan seni bina dan landskap.  “Saya amat berbesar hati melihat tahap kemajuan ini, dan saya yakin Fasa Dua Laluan…