Tag: PerantiSiswa

Posted on: 20/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PerantiSiswa: K-KOMM sasar 80 peratus pengagihan menjelang akhir November

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menyasar  dapat mengagihkan  80 peratus peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia menjelang akhir November. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga semalam, pihaknya telah menerima 350,000 permohonan dalam fasa satu dan dua, dan jadual untuk penyerahan fasa satu sedang giat diatur. “Untuk memastikan para penerima dapat menerima peranti dalam masa yang cepat, kita akan proses permohonan secara serentak untuk permohonan fasa satu dan dua.…

Posted on: 19/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebih 300,000 permohonan diterima di bawah Program PerantiSiswa

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjangka penyerahan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia dapat diselesaikan pada bulan November ini. Menterinya  Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga Sabtu (17 September) pihaknya telah menerima lebih  300,000 permohonan dalam fasa satu dan dua, dan jadual untuk penyerahan fasa satu sedang giat diatur. “Seboleh-bolehnya dalam masa dua minggu ini iaitu dalam bulan September dapat selesai, bagi membolehkan pada Oktober kita mula menyampaikan peranti bagi pemohon-pemohon di…

Posted on: 13/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sebanyak 97,635 permohonan PerantiSiswa Fasa 1 diluluskan

Sebanyak 97,635 permohonan mendapatkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 1 sudah diluluskan setakat ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 21,633 permohonan diterima di Sabah dan 3,748 telah diluluskan serta dalam proses untuk serahan peranti. “Permohonan untuk mendapatkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah dibuka sejak April lepas dan semakan bermula pada 29 Ogos 2022. Kelulusan pemberian perantisiswa dibuat secara berperingkat dan pengagihan akan…

Posted on: 08/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program PerantiSiswa terima 65,898 permohonan dalam tempoh sebulan

Kerajaan menerima 65,898 permohonan tablet di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi fasa kedua dalam masa sebulan sejak ia mula dibuka pada 1 Ogos lepas. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 45,341 permohonan layak menerima tablet manakala 20,557 permohonan sedang diproses. “Kita mempunyai 1.6 juta keseluruhan pelajar, bagaimanapun kalangan pelajar B40 ada 300,000 lebih. Jadi kami minta pelajar yang layak dan belum lagi memohon supaya…

Posted on: 03/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan beri terus tablet PerantiSiswa kepada penerima, tidak perlu pulang balik

Kerajaan hari ini memutuskan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia tidak perlu memulangkan peranti itu apabila tamat pengajian nanti.  Mengumumkan perkara itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sebelum ini telah menetapkan inisiatif PerantiSiswa itu diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP), yang menyaksikan mahasiswa perlu memulangkannya selepas tamat pengajian. Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan maklum balas pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa…

Posted on: 03/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program PerantiSiswa terima sambutan menggalakkan

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia untuk  pelajar golongan B40 mendapat sambutan  menggalakkan dengan 90,000 permohonan pada fasa pertama dan kini mencecah 56,000 permohonan bagi fasa kedua. Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Ma Sivanesan berkata permohonan akan terus dibuka sehingga kerajaan mencapai sasaran pengagihan 350,000 peranti tablet. “Buat masa ini kita tetapkan 30 Sept tarikh akhir fasa kedua namun proses ini (akan digunakan) untuk membuat saringan…

Posted on: 03/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perdana Menteri lancar Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia hari ini

PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)  dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih hari ini (Sabtu), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia itu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor pada 2.30 petang hari ini. “Setiap penerima bakal mendapat Tablet Samsung model terkini, lengkap dengan casing (pelindung), keyboard (papan kekunci) dan…

Posted on: 04/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Skop kelayakan PerantiSiswa diperluas, agihan fasa pertama bermula bulan ini

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memperluaskan skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa kepada empat lagi kategori pelajar B40, tambahan kepada kategori sebelum ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKomm) Tan Sri Annuar Musa berkata empat kategori itu ialah pelajar program asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pelajar program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), pelajar semester 1 dan 2 sekolah menengah (Tingkatan 6) di bawah KPM…

Posted on: 10/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kumpulan pertama terima tablet perantisiswa minggu kedua Jun

Kumpulan pertama dijangka menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada minggu kedua Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata bagaimanapun tempoh berkenaan bergantung kepada proses ‘delivery’ pembida-pembida yang dipilih. “Roll out pertama ini kita rancang selepas 30 hari dari tarikh permohonan, dan proses roll out kedua pula ialah pada Ogos iaitu 60 hari selepas proses permohonan bagi mereka yang membuat permohonan lewat dan bagi kes-kes rayuan,”…

Posted on: 27/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

K-KOMM pertimbang perluas pemberian PerantiSiswa kepada pelajar institusi selain KPT

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sedia memperluas pemberian bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada pelajar golongan B40 di institusi pendidikan selain daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata berdasarkan permohonan yang dibuka sejak  15 April lepas, terdapat permohonan daripada pelajar institusi di bawah kementerian lain. Antara institusi berkenaan ialah Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian…