Salam. Terlalu lama saya tidak menulis di sini dan terlalu banyak juga yang saya nak luahkan. Tapi, yang paling menarik perhatian saya dalam minggu ini ialah budaya meng’kambinghitam’kan orang lain.

Kalau kita baca akhbar-akhbar dan blog-blog, banyak betul isu sebegini timbul dalam masyarakat kita. Dan yang paling sedih tu, ia melibatkan manusia-manusia yang mendakwa mereka tu alim ulama.

Pada pandangan saya, kerajaan kita sekarang ni dah cuba sedaya upaya nak puaskan hati semua pihak dan bawa semua untuk bersatu. Sebab itulah timbulnya Gagasan 1Malaysia yang setakat ini berkesan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat bahawa perpaduan itulah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur seperti yang dinikmati sekarang.

Namun, ada saja pihak yang bekerja keras nak runtuhkan semua usaha ini. Sudahlah begitu, dia tuduh pula kerajaanlah punca dia dengan kawan-kawan dia berkrisis sesama sendiri.

Apa semua ni? Sebagai pemimpin yang berlandaskan agama dan menjadikan agama sebagai bahan berpolitik, mereka ini sepatutnya lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan. Namun, mungkin disebabkan takut hilang sokongan rakyat, dia mula menuduh orang lain yang bukan-bukan. Ini ke budaya baru yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang? Kalau kita bermasalah, salahkan orang lain. Ada logik ke?

Saya setuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad. Zaman dah berlalu, berilah peluang kepada pemimpin muda untuk menerajui tampuk pemerintahan. Dan kita akan dapat saksikan banyak perubahan akan berlaku. Inilah yang dilakukan oleh BN dan ia berhasil.

Jadi, kenapa perlu bertelingkah dan menuding jari antara satu sama lain? Rakyat semakin bosan dengan drama politik yang diterbitkan oleh pakatan pembangkang ni. Bukannya memajukan negara, tapi membawa negara ke arah kekacauan dan perpecahan. Apa yang mereka mahu sebenarnya?

Ingat, ini Malaysia kita. Hanya kita yang boleh tentukan masa depan Malaysia kita. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.