Subscribe

PENGHISAP ROKOK DEGIL..!!!

No Comments »

Written on January 20, 2010 by admin

Sekurang-kurangnya 20 kawasan telah diwartakan sebagai tempat larangan merokok di negara ini tetapi para perokok seolah-olah mendapat ‘kebebasan’ melanggar peraturan itu. Antara kawasan yang menjadi sasaran perokok ialah di kawasan hospital dan pusat perubatan di mana masih kelihatan petugas dan orang awam menghisap rokok secara bebas.

Kegagalan pelbagai kempen kerajaan termasuk Klinik Berhenti Merokok dikaitkan dengan ‘kedegilan’ atau kurangnya kesedaran para perokok terhadap bahaya menghisap rokok, malah ada di kalangan perokok yang menafikan bahawa gambar-gambar ngeri yang diletakkan di kotak rokok, bukanlah akibat dari menghisap rokok, tetapi ia sekadar gimik kerajaan untuk menakutkan penghisap rokok.

Selain itu, ada juga perokok yang secara sinis menyatakan bahawa tujuan mereka menghisap rokok, adalah sebagai usaha untuk membantu industri dan penanam tembakau di negara ini.

Walau bagaimanapun, menurut Datuk Nooh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, lebih baik jika perokok ini berhenti dan menabung wang itu untuk menunaikan fardu haji kerana ia merupakan satu kewajipan bagi umat Islam.

BUMIPUTERA KURANG KESEDARAN…?

No Comments »

Written on January 18, 2010 by admin

Seramai 4.39j layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih. Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripadanya adalah bumiputera.

Daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

Majoriti iaitu 65 peratus yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai, sedangkan berdasarkan jumlah borang pendaftaran yang diterima oleh SPR didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

NEGARA DIANCAM PENGGANAS…!!!

No Comments »

Written on December 16, 2009 by admin

Penemuan sejumlah bom di Kelantan mengejutkan ramai pihak. Dalam usaha kerajaan untuk membina dan mempertahankan Negara ini dari ancaman pengganas dan memastikan Negara terus aman dan harmoni nampaknya agak tercalar gara-gara penemuan tersebut.

Ramai pihak beranggapan bahawa rakyat dan kerajaan tidak harus memandang remeh dengan penemuan bom tersebut, memandangkan jika perkara tersebut tidak di tangani dengan serius, ia dibimbangi mampu mengancam ketenteraman awam.

Apa yang paling penting ialah, semua pihak mesti kembali duduk semeja dan sama-sama membincangkan agenda keselamatan Negara, dari terus berantakan dengan perjuangan dan agenda politik masing-masing. Inilah masanya rakyat harus bersatupadu agar ketenteraman dan keselamatan awam akan lebih terjamin. Rakyat harus melupakan sejenak semua agenda peribadi dan menumpukan sepenuhnya kearah membangunkan agenda sebuah Negara bangsa yang aman dan gemilang.

PERTAHANKAN BTN

No Comments »

Written on December 16, 2009 by admin

Tiba-tiba Biro Tatanegara (BTN) jadi bualan hangat sebahagian besar rakyat Malaysia. Tiba-tiba juga BTN dituduh menyediakan modul  yang bersifat racis. Namun persoalannya, kenapa baru sekarang ia baru dibangkitkan, sedangkan BTN telah memberikan khidmatnya sejak puluhan tahun yang lalu. Apa agaknya agenda yang tersembunyi disebalik membangkitkan isu tersebut.

Akhirnya isu sekecil BTN ini pun memerlukan campur tangan Perdana Menteri, yang tidak mahu lagi isu ini dibincangkan, kerana Perdana Menteri sendiri yang akan menilai semula modul yang lebih sesuai untuk dilaksanakan oleh BTN. Tentunya dalam konteks ini, agenda 1Malaysia sudah pasti menjadi keutamaan untuk diserapkan dalam modul terkini BTN pada masa hadapan.

Persoalannya, adakah selepas BTN melalui proses penggubalan semula modulnya nanti, ia akan mampu menarik semula sokongan pengkritik kepada program-program anjuran BTN. Jika jawapannya ‘YA’, ternyata mereka yang mengkritik BTN sememangnya benar-benar ikhlas, tetapi jika mereka terus mencari helah untuk menyalahkan BTN, bermakna mereka sebenarnyaq punya agenda tertentu atau mereka semakin takut dengan bayang-bayang sendiri….

BILA MANUSIA DIRASUK SYAITAN…!

1 Comment »

Written on October 23, 2009 by admin

Saranan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar pesalah bagi kes penderaan dan keganasan kanak-kanak dikenakan hukuman maksimum sewajarnya telah lama dilaksanakan. Ini bagi memastikan kes-kes sedemikian tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Terbaru, kita dikejutkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun Aaliyah Aiman Hussin Abdullah akibat didera, dirogol dan diliwat oleh teman lelaki ibunya, warganegara Sudan.

Kes yang melibatkan kanak-kanak ini bukanlah kes baru di negara kita, tetapi ia merupakan satu kes dari banyak kes lain yang berlaku, sama ada ia dilaporkan atau tidak.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita sewajarnya sentiasa sensitif dengan perkara-perkara tersebut dan tidak akan menyembunyikan setiap kes penderaan yang berlaku, ini bagi memastikan kita mampu hidup dalam situasi aman dan harmoni tanpa ada rasa bimbang atau takut.

Kita berharap semoga pembunuh adik Aliyah bakal dijatuhi hukuman yang setimpal dengan kekejaman yang dilakukan.

KEBAJIKAN UMAT SERUMPUN LEBIH PENTING!

No Comments »

Written on October 5, 2009 by admin

Berbagai-bagai agensi di Malaysia sudah dikerah dan berlepas ke Padang Indonesia, kawasan yang teruk dilanda bencana gempa bumi baru-baru ini bagi melaksanakan misi bantuan dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana itu. Segala-galanya ini dilakukan oleh Malaysia atas dasar keprihatinan warga serumpun dan bagi Malaysia, Indonesia dianggap sebagai saudara rapat diibaratkan cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya.

Walaupun sebahagian kecil warga Indonesia memusuhi Malaysia, gara-gara isu kecil Tarian Pendet sehingga ungkapan ‘Ganyang Malaysia’ dilaungkan. Terbaru muncul pula Kumpulan Bendera di Jakarta yang merancang untuk menyerang Malaysia, dengan memulakan serangan itu dengan mengepung kedutaan Malaysia di Indonesia. Namun rasa kemarahan dan kebencian sebahagian rakyat Indonesia itu, tidak mengendurkan rasa keprihatinan masyarakat Malaysia untuk terus menghulurkan bantuan yang sewajarnya.

Bagi rakyat Malaysia, kita tidak mudah melatah dan terpengaruh dengan provokasi yang cuba dibuat oleh pihak-pihak di Indonesia. Kita lebih yakin dengan saluran diplomatik dan hubungan akrab antara dua kerajaan mampu menangani permasalahan ini dengan bijak dan berhemah.

Kita lebih yakin, ketenteraman serantau mesti dijaga dengan baik agar tidak ada pihak ketiga yang menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan. Apa situasi pun, isu tersebut mesti diselesaikan segera melibatkan pimpinan kedua-dua negara, demi kepentingan bersama dan keharmonian hubungan jangka panjang.

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH

No Comments »

Written on October 2, 2009 by admin

Gempa yang melanda Sumatera Barat yang berukuran 7.6 skala Richter dianggarkan telah mengorbankan lebih 1000 nyawa dan kawasan yang paling teruk dilanda gempa tersebut ialah kawasan Padang, yang mencatatkan jumlah kematian sebanyak 376 orang.

Sebagai rakan serumpun, kita sangat prihatin dengan nasib yang menimpa mereka. Kita kirimkan surah Al-fatihah dan ucapan takziah pada keluarga yang terkorban serta eloklah kalau kita secara ikhlasnya menghulurkan sumbangan melalui Tabung Gempa Nusantara yang ditubuhkan di negara kita.

Bagi kita ini merupakan satu tanggungjawab sosial sesama manusia. Mungkin hari ini hari mereka dan kita sendiri tidak tahu bila hari kita akan datang.

Menyumbanglah dengan ikhlas, kerana sumbangan kita itu banyak manfaatnya untuk digunakan bagi membantu mereka.

OPS SIKAP GAGAL…?

No Comments »

Written on September 17, 2009 by admin

OPS Sikap semacam sudah menjadi menu tetap apabila menjelangnya sambutan hari perayaan di negara kita, sama ada sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.


Resepinya tetap sama, pihak polis akan bekerjasama dengan semua agensi keselamatan menjaga dan mengawal keselamatan di jalanraya. Mengenakan saman terhadap pemandu yang degil dan menyalahi undang-undang negara. Pada kali ini seramai 2,000 pegawai dan anggota polis terlibat dalam operasi kali ini untuk mengawasi lebih 300 kawasan jalan yang dikenal pasti kawasan tumpuan kemalangan jalan raya.

Namun hasilnya ternyata masih ramai pemandu yang berdegil dan kerap memandu menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan. Ini terbukti dengan catatan Ops Sikap ke-20 yang baru dilaksanakan 2 hari telah mencatatkan 1,182 kemalangan dan 13,168 saman dikeluarkan di seluruh negara serta melibatkan sebanyak 12 kematian.

Daripada jumlah tersebut, jalan bandaran merekodkan kes kemalangan paling banyak iaitu 573 kes, diikuti jalan Persekutuan sebanyak 258 kes, jalan negeri (166), lebuh raya (110) dan lain-lain jalan (75).


PERSOALANNYA :

•    Adakah sambutan perayaan menjadi medan pelaburan nyawa kepada rakyat negara ini atau adakah rakyat negara kita semakin angkuh ketika memandu, sehingga mereka seolah-olah tidak menghargai nilai nyawa dan kemanusiaan serta bertoleransi antara satu sama lain.

•    Adakah OPS Sikap yang dilaksanakan selama ini GAGAL mendidik rakyat negara ini menjadi pemandu yang berhemah ?

•    Jawapannya, tepuk dada tanya selera….

MODAL INSAN TERBILANG

No Comments »

Written on September 16, 2009 by admin


Hikmah Ramadan Al-Mubaraq amat besar. Benarlah bahawa di bulan yang mulia ini Allah perturunkan segala nikmat dan rahmat kepada seluruh umatnya.

Alhamdulillah, lafaz syukur yang mampu kita terjemahkan padanya.
Lebih meruntun hati dan menimbulkan keinsafan kita, bila membaca di akhbar, melihat kegigihan dan komitmen seramai 4000 murid Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran Fardu Ain (KAFA) Wilayah Persekutuan membaca dengan lancar al-Quran sempena Majlis Khatam al-Quran SRA dan KAFA di Masjid Wilayah Persekutuan.

Ternyata inilah Modal Insan terbilang yang sedang dijana untuk menjadi warganegara yang baik, beriman dan penuh tanggungjawab pada negara. Remaja yang bakal punya jati diri dan prinsip hidup demi mempertahankan kesucian negara.

Mereka adalah sebahagian dari beribu-ribu lagi anak-anak remaja yang turut serta dalam majlis khatam al-Quran tersebut, yang mungkin juga sedang diadakan diseluruh negara. Maka ternyatalah, bahawa ketetapan yang telah dicatatkan dalam Perlembagaan Negara, yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia, berupaya merealisasikan hasrat tersebut.

Kita juga yakin dan percaya, remaja lain juga turut serta dalam berbagai-bagai bentuk aktiviti yang dianjurkan oleh agama masing-masing dalam memastikan hasrat yang sama. Membina dan melahirkan Modal Insan Terbilang untuk negara Malaysia tercinta.

KENAIKAN HARGA PETROL… WAJARKAH…?

No Comments »

Written on September 1, 2009 by admin

Rata-rata kedengaran suara bercakap dan merungut…! Wajarkah harga petrol dinaikkan dalam keadaan sekarang..?. Kenapa sekarang baru nak dinaikkan..?. Tidakkah ia membebankan rakyat dan pengguna, walaupun kenaikannya tidak sebanyak mana. Namun dalam situasi sekarang…di mana pula kewajarannya.

Persoalan ini harus dijawab dengan cermat dan berhemah oleh kerajaan. Rakyat memperkatakan berdasarkan alasan-alasan berikut :

1.    Kenaikan harga Petrol dalam keadaan sumber pendapatan rakyat yang agak terjejas, gara-gara kesan kelembapan ekonomi yang masih melanda negara.

2.    Suasana hampir sambutan hari raya, pastinya memerlukan perbelanjaan yang lebih bagi setiap keluarga.

3.    Kenaikan harga barang yang dijangka mendadak gara-gara sambutan hari raya.

Persoalan kedua pula, sejauh mana kerajaan mampu mengawal kenaikan harga barang keperluan harian, terutamanya dalam suasana semakin hampir dengan hari raya.

Kita yakin, rakyat keseluruhannya memahami kenapa kenaikan petrol ini berlaku, tetapi isu utamanya, kenapa sekarang?. Di mana agaknya kewajaran atau mendesaknya hingga keputusan berat tersebut terpaksa diambil oleh kerajaan.