GURU KAFA KATEGORI MISKIN…!

November 1, 2009 · Print This Article

Pengorbanan Guru-guru KAFA yang mengajaq anak-anak kita di kelas Al-Quran dan Fardu Ain dikira sebanyak 60 jam sebulan iaitu tambahan sebanyak 36 jam. Masa mengajaq depa tu melebihi masa yang ditetapkan oleh JAKIM. Tetapi sebahagian depa ni terima elaun hanya RM575 sebulan. Bagi sesetengah negeri, Penyelia KAFA hanya dibayaq sebanyak RM3,000 setahun. Jumlah tersebut memang tak cukup dan kadar tu jugak berada dibawah garis kemiskinan. Maknanya sebahagian Guru-guru KAFA di negara kita termasuk dalam kategori miskin.

Cadangan Ketua Audit Negara, saya sokong sangat. Dia kata elaun Guru-guru KAFA sepatutnya sebanyak RM1249.88 sebulan. Elaun ini berdasarkan jumlah jam yang depa mengajaq, iaitu selama 60 jam sebulan.

Pada saya jumlah yang dicadangkan tu patut sangat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang perbelanjaan harian kita makin meningkat. Sebahagian guru-guru ni pun, depa kebanyakannya berumah tangga, tentunya dengan pendapatan sebanyak RM575 sebulan, tentu agak perit nak tanggung keluarga. Kena pulak harga barang keperluan harian makin mahai.

Saya yakin, kerajaan mesti ambil perhatian dengan laporan Ketua Audit Negara. Saya percaya, kerajaan kita tentu prihatin dengan masalah tersebut. Saya berdoa moga kerajaan boleh naikkah elaun Guru-guru KAFA, demi kebaikan bersama.

Komen

40 Responses to “GURU KAFA KATEGORI MISKIN…!”

  1. razak on November 3rd, 2009 8:44 am

    Assalamualaikum.

    Gaji guru KAFA sama dengan gaji amah. Saya setuju jika dinaikkan

  2. Mohamed Noordeen Mukri on November 3rd, 2009 11:29 am

    Dato’, apa yang Dato’ katakan itu amat memilukan. Sewajarnya gaji guru KAFA dinaikkan memandangkan kadar kehidupan memang tinggi. Lagipun sebagai pendidik di kalangan anak-anak kecil zaman sekarang memerlukan banyak kesabaran. Jika guru KAFA masih lagi dibelenggu masalah kehidupan tentunya menjejaskan prestasi kerja mereka. Mudah-mudahan pihak kerajaan simpati di atas pengorbanan mereka selama ini.

  3. abang madhi on November 3rd, 2009 3:15 pm

    saya mencadangkan agar setiap cikgu KAFA wajib sertai jemaah(dakwah&tabligh)bagi memastikan mereka berusaha dengan usaha yang betul.usaha iman yakeen yang betul pada ALLAH.

  4. ida on November 3rd, 2009 3:17 pm

    kalau lah benar apa yang dilaporkan,kesian….. begitulah hakikat, yang berkaitan agama bayarannya tak seberapa, sedangkan tugas mereka lebih mulia, mendidik anak bangsa Melayu menjadi insan-insani, berakhlak, berilmu dunia dan akhirat. Namun penghargaan untuk mereka seakan-akan tiada.
    Cadangan Ketua Audit Negara patut dipersetujui dan diluluskan, ia juga untuk memartabatkan dan menaik taraf imej bagi guru-guru yang berjasa untuk anak bangsa, untuk agama dan negara.

  5. Zahanudin Hasinuan on November 3rd, 2009 4:40 pm

    Saya amat bersetuju dengan pandangan Dato’ bahawa gaji guru-guru KAFA perlu dinaikkan selaras dengan kenaikan taraf hidup sekarang. Saya percaya bahawa jika pegawai-pegawai kita memainkan pranan sebaiknya untuk mendapatkan feedback yang sahih daripada rakyat terhadap isu ini, pastinya Kerajaan kita yang perihatin ini akan mempertimbangkannya.
    Datuk…diruangan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima-kasih yang tidak terhingga atas kepercayaan Dato’ terhadap saya untuk dinaikkan pangkat dan seterusnya menjalankan tugas sebagai Pengarah Penerangan Perak. Saya sedar..ini amanah Allah yang diberikan melalui Dato’ untuk memberikan perkhidmatan sebaiknya di Perak. Saya sedar bahawa amanah ini cukup berat yang kadang-kadang saya tertanya-tanya kepada diri saya bahawa adakah saya mampu untuk memikulnya dan mencapai tahap KPI yang diperlukan oleh Dato’, KSU dan Menteri. Walau apapun, saya pasrah dan sedar bahawa ‘kepercayaan’yang dato’berikan tidak harus disia-siakan dan InsyaAllah, saya akan berusaha ke arah itu. Terima-kasih Dato’ ……

  6. bestari on November 4th, 2009 12:09 pm

    Sokong. Kita harus menghargai sumbangan mereka yang membentuk modal insan melalui pengajaran dan pembelajaran negara. Kita kerap lebihkan peruntukkan bina modal insan mengikut cara barat.

  7. ag jual on November 5th, 2009 1:48 pm

    Kesian Guru2 KAFA…. dulu kita juga pernah diajar oleh guru-guru KAFA tetapi tak tahu mereka ini sempit wang. Ayah dan ibu minta kita belajar sungguh2 tetapi setahu ambo, ayah/ibu tak pernah sumbang wang, beras, gula kopi kepada para guru2 berhati mulia ini.

    Ambo syor bukan setakat gaji RM1249.88 dan sesuai dengan tuntutan zaman kini RM2,000.00 amat munasabah

    Selain bela Guru KAFA… jenguk-jenguk nasib sesuap nasib orang kita?

  8. LUVMalaysia.. on November 5th, 2009 4:33 pm

    apapun pahala yang Allah turunkan pada mereka ni besar..Allah pasti akan permudahkan rezeki mereka selagi mereka ikhlas..kepada pihak2 yang sepatutnya..jgn pandang remeh hal-hal begini..

  9. Masmin JB on November 5th, 2009 6:00 pm

    Pandangan Y.Bhg Dato’ amat tepat sekali. Ramai yg berjuang menaikkan gaji masing-masing. Rupa-rupanya golongan seperti itu yg memang amat mulia tugasnya seolah-olah terabai kebajikan mereka. Kita amat berharap selaras dgn Gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, pihak kerajaan akan buat sesuatu dgn kadar segera. Selain itu, saya teringat bagaimana syukurnya kita kepada Allah swt kerana berada d Jabatan Penerangan Malaysia.

    Sekian.

  10. putera haikal on November 6th, 2009 8:19 pm

    kerajaan harus beri perhatian pada golongan mereka. ini penting kerana, jika mereka di abaikan, kita bimbang mereka ini di pengaruhi oleh parti pembangkang terutama pas. dan di diperalatkan oleh parti pembangkang untuk memupuk perasaan anti kerajaan pada anak-anak murid bawah jagaan mereka. jika ini belaku masa depan negara jadi tak menantu dan tak mustahil akan muncul semula golongan2 seperti kumpulan Al-Ma’unah.

  11. GURUPENCEN on November 8th, 2009 5:02 pm

    Alhamdulillah,gaji naik…ibu sayapun boleh dikategorikan guru KAFA yang mengajar Alquran & fardhu ain setiap petang. masa yang diambil biasanya selama 2 jam dari pukul 3.30 ptg hingga jam 5.30 ptg. kalau dikira bulanan masa yang diambil 2 jam x 25 hari = 50 jam. Tapi beliau ikhlas mengajar tanpa habuan dunia cuma adalah ibubapa yang perihatin menghadiahkan 10 kilo beras setiap bulan…ok sangatlah tu…La ni kerja 60jam dapat RM 1249.88 lagi ok…cuma nasihat saya guru kafa yang dibayar gaji berusahalah untuk menarik lebih ramai anak muda untuk belajar di Kafa..Sepatutnya guru kafa diwajibkan kerja 8 jam sehari bukan 3 jam spt.sekarang. Kita hanya melihat kakitangan kerajaan berpendapatan rendah saja dikira miskin. kakitangan kerajaan l/k 5% saja dari bilangan rakyat malaysia. kita lupa kepada orang melayu sebagai pemandu teksi, lori, bas, dan kelindannya, pekerja kilang, jaga, pembantu pejabat, tukang cuci sampah, pemanjat nyok, pemotong rumput tepi jalan, pembantu kedai / kantin…buruh kontrak,buruk letrik, buruh ukur , peniaga pasar malam, penghantar surat,penghantar pizza, nelayan dll. Contohnya di kampung saya hanya 5% saja yang keja gomen manakala yang lain 50% berpendapatan kurang RM 500 sebulan terutamanya buruh,pembantu kedai atau pekerja kilang yang bekerja lebih 8 jam sehari. jadi saya syorkan Guru Kafa perlu mengajar 8 jam sehari seperti guru lain.

  12. syazie on November 9th, 2009 3:07 am

    yer..sy setuju, gaji guru-guru kafa perlu di beri setmpal dgn usaha mereka memartabtkan kalam Allah. kekedg kita tidak sedar bahawa jasa mereka amat besar sehingga berjya mendidik anak bangsa jadi org yg berguna. jika gaji mereka di naikkan dan nsb mereka di bela alhmdllah..syukur atas segala nikmatnya

  13. tyco_ak2 on November 9th, 2009 12:28 pm

    saya bersetuju gaji guru2 KAFA diselaraskan mengikut taraf hidup semasa…krn merekapun perlukan kehidupan yang baik seperti org lain jg..dan pada masa y sama merekalah y membentuk akhlak generasi akan datang melalui tarbiah agama….kerana,seperti y kita sedia maklum agama lah y akn membentuk akhlak terbilang sesorang insan…

  14. cikino on November 9th, 2009 10:20 pm

    celik2 kat dunia ni, mmg abah dah bergelar guru kafa…memang dah lama gaji mereka di bawah paras kemiskinan…tetapi hidup kami sekeluarga alhamdulillah bahagia dan 6 drpd 8 anak2 abah berjaya ke menara gading dan berpangkat besar…semuanya berkat kesungguhan abah mendidik anak bangsa…ilmu yg diberinya mmg x ternilai dengan gaji tersebut…harapan agar percepatkanlah kenaikan gaji dan bukannya cakap-cakap kosong…tq…

  15. ahmadrashid on November 14th, 2009 6:15 pm

    saya amat bersetuju dengan syor Ketua Audit Negara supaya elaun guru KAFA dinaikkan kpd RM1249.00 kerana kadar sekarang amat rendah berbanding dengan sektor2 lain. Lagi pun, guru-guru KAFA mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi insan berguna dlm bidang agama. Gejala-gejala yg wujud pada masa sekarang ini, dpt dihindarkan dengan didikan agama.

    Oleh itu adalah amat patut Kerajaan mewujudkan skim yg lebih baik kpd guru-guru KAFA. Jgn ada lagi kata-kata “guru-guru KAFA jgn memikirkan tentang pendapatan, kikhlasan yg penting”. Inilah kata-kata yg dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri Kedah(saya yakin negeri-negeri lain pun berkata demikian), apabila Persatuan Guru-guru KAFA mencadangkan elaun dinaikkan.

  16. sekeraslidah on November 17th, 2009 8:27 am

    “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” . Atas rasa prihatin mereka berbakti mengajar anak bangsa. Jika tiada mereka, semakin pupus guru-guru nak mengajar agama kepada anak-anak bangsa. Pengorbanan mereka wajar dihargai. Sumbangan habuan biaq berpadan dengan perkembangan zaman. Pendapatan mereka bawah RM 720.00 dan wajar dipertimbang bantuan kebajikan masyarakat. Apakah tergamak mata kita melihat , perasaan kita merasai guru-guru KAFA yang mengajar agam kepada anak kita adalah penerima bantuan kebajikan?………

  17. anggerik desa on November 18th, 2009 9:06 am

    Dulu masa zaman saya sekolah agama lagi, gaji guru KAFA hanya RM250-RM300 sahaja. Satu jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan ilmu yang diberikan oleh guru KAFA mendidik anak murid mengenal agama dan cara mendirikan solat. Pengorbanan yang cukup besar buat guru KAFA. Memang patut gaji mereka dinaikkan kerana mereka adalah orang yang bertanggung jawab mengajar anak kita tentang agama. Walaupun ibu bapa mendidik anak di rumah tapi pengorbanan yang diberikan oleh guru KAFA amat besar maknanya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas pengorbanan mereka.

  18. Cari Kerja Online on November 19th, 2009 11:29 pm

    Cari Kerja Online…

    “ Lowongan Jawa Timur– Surabaya 2009?…

  19. alia on November 21st, 2009 3:10 pm

    saya pernah ke bank untuk mengambil gaji baru2 ni. ada sorang ckgu kafa mau mengambil gaji, tapi gajinya belum kluar. yang menyedihkan saya. saya dengar dia berkata… nak cakap apa dengan isteri balik ni, gaji tak kuar lagi. susu anak dah habis. beras pun dah habis. ksian ckgu2 kafa. dahla gaji kecil. lambat plak diberi gaji

  20. perihatin on November 21st, 2009 3:35 pm

    guru KAFA daerah PONTIAN khususnya.
    kami tak tau hendak mengadu pada siapa. yang kami tau nasib kami diawang-awangan.
    rogram jabatan pendidikan daerah nak dikatakan hampir setiap ujung minggu dan bulan diadakan. jika kami tidak hadir, kami akan diberi surat tunjuk sebab.
    mereka tak tau masalah kami, gaji kami kecil. kami dihantar mengajar jauh dari rumah, kami asik dipindahkan tempat kerja. perbelanjaan kami untuk ketempat kerja seminggu RM50 paling kurang. jika jabatan mengadakan program, kami perlu kesana pun menggunakan wang. wang untuk perjalanan kami ke tempat kerja & kedestinani yang jabatan anjurkan sahaja dah suku gaji kami. mana nak tanggung keluarga lagi…. yuran majlis guru dan yuran lain-lain lagi kami kena bayar.
    kami rela terpaksa.
    bukan kami tak ikhlas, kami ingin mengajar anak bangsa semoga berjaya dunia dan akhirat. tapi… kami juga tertekan dengan masaalah kewangan kami.

  21. kecewa on November 24th, 2009 6:49 am

    MEMANGLAH GAJINYA KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN TUGASNYA, TETAPI ADA MEREKA YANG MASIH TIDAK SEDAR DENGAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI GURU KAFA. SETAHU SAYA ELAUN MEREKA DAH DINAIKAN BEBERAPA KALI BERBANDING PADA TAHUN 90AN, ELAUN MEREKA MENGAJAR 2 JAM BERNILAI RM24.00 SAHAJA DAN HANYA MENDAPAT SEKITAR RM288.00 SEBULAN. BAGAIMANA PULA NASIB GURU AGAMA KONTRAK? GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JOHOR? MEREKA INI TIDAK BERPELUANG MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT SEPERTI GURU-GURU DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN. MEREKA TERPAKSA MENJAWAT JAWATAN DGA29 HINGGA KEPUSARA. TIDAK SEPERTI GURU DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN KENAIKAN PANGKAT MENGIKUT TIME BASE.

  22. sedih on November 24th, 2009 6:57 am

    masyarakat tidak tahu gaji guru KAFA ditahap miskin, yang mereka tahu hanya apabila guru sahaja gajinya tentu beribu-ribu ringgit macam guru-guru di kementerian pendidikan. ada dikalangan guru kafa yang ingin membuat pinjaman bank tidak dilayan oleh pihak bank kerana mereka mengganggap guru kafa miskin dan tidak layak membuat pinjaman di intitusi mereka. kalau ada bank yang meluluskan pun penyelia kafa negeri mengambil kesempatan hanya diluluskan pinjamannya sekiranya di menghantar borang ke salah satu bank yang dia berkepentigan.

  23. Siti Noeasyken Hasin on December 7th, 2009 5:32 pm

    Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kesemua Guru kafa Johor tidak menikmati imbuhan tahunan kakitangan awam walaupun mereka berhak menerimanya seperti diumumkan kerajaan melalui pekeliling pada 2006 dan 2008.
    Ini boleh menjejaskan motivasi guru-guru terlibat sehingga mengganggu perjalanan sistem kafa. Mana pegi imbuhan yang sepatutnya guru kafa itu dapat??
    Saya bekerja siang malam pagi petang menghadap fail dan gunakan laptop sendiri. Beban kerja macam gaji kami sebulan RM3000. Perihatinlah wahai pihak yang bertanggugjawab..

  24. MOINA on December 9th, 2009 11:23 am

    SY KIJE NGAN CINA PUN NAK RAYA ARI TU DAPAT DUIT AMPAU..
    TETAPI SUAMI SY BEKERJA SEBAGAI GURU KAFA,,,,, LANGSUNG X DAPAT DARU DULU..DAH LA DIE KETUA KELUARGA,,,KEBANYAKAN SY YG TANGGUNG PERBELANJAAN RUMAH…PIHAK BERKUASA HARUS LAH JANGAN FIKIR KEHIDUPAN KORANG YANG SENANG TU..ANAK KORANG PUN ADE YANG ANTO SEK AGAMA….PERTIMBANGKAN LAH ELAUN GURU KAFA NEGERI JOHOR …SELANGOR NAIK ELAUN PULAK!
    BETOL2 ADIL KE MACAM TU?????

  25. atok on December 11th, 2009 11:04 am

    Salam…. saya adalah seorang guru KAFA yang telah berkhidmat selama 5 tahun.. tiada apa yang boleh saya katakan melain layanan yang buruk sahaja kami terima… mengajar atas dasar tanggungjawab semata2 tanpa kami boleh memikirkan masa depan kami… terus terang disekolah, kadang kala guru yang dah tetap pn, yang gajunya jauh lebih besar, tetap guru kafa juga yang bekerja lebih…
    seperti di sekolah sy, guru kafa lebih bijak mengatur kerja berbanding yang sudah tetap…
    bayangkanlah, kami mengajar SAMA SPERTI YANG LAIN, MALAH LEBIH TERUK, takkanlah cuma di baya 600 - 700. cuma lepas bayar kereta, silap2 nak bawak anak balik kg raya pn tak dapat, apetah lagi kami nak menabung, jauh sekali… satu masa, kami guru2 kafa ni sampai nak buat protes, xmaun undi kerajaan lagi musim akn dtg… kerajaan perlu ingat, guru2 kafa terutama dijohor n i begitu ramai… kalau merereka tak lagi percaya ppada kerajaan, susahlah.. jadilah mcm selangor……

  26. aBe on December 15th, 2009 1:56 pm

    muat turun E-book yang menerangkan secara terperinci mengenai PC anda, software terkini dan driver untuk semua jenama komputer… muat turun secara percuma disini……

    http://y.ahoo.it/vypLdq

  27. GURU TERTEKAN on December 22nd, 2009 3:50 pm

    SAYA MEWAKILI GURU KAFA DAERAH PONTIAN JOHOR. KAMI BETUL2 TIDAK PUAS HATI DENGAN PENTADBIRAN PEJABAT PENDIDIKAN AGAMA DAERAH PONTIAN. RAMAI DIANTARA KAMI DI PINDAHKAN TEMPAT MENGAJAR JAUH DARI RUMAH. RAYUAN KAMI TIDAK DILAYAN. MEREKA LANGSUNG TIDAK FIKIR MASAALAH KAMI DAN KEWANGAN KAMI….. MEREKA ZALIM TERHADAP KAMI. KEPADA MEREKA YANG BERKENAAN TOLONG AMBIL PERHATIAN DAN TIDAKAN.

  28. MURAM,,,,, on December 22nd, 2009 3:57 pm

    kami tak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh pejabat pendidikan daerah pontian, mereka zalim…… mereka asik pindahkan tempat mengajar kami jauh dari rumah. padahal daerah lain tidak dipindah-pindahkan. macamana kami hendak mengajar dengan tenang padahal hati kami tetekan. KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN TOLONGLAH KAMI.

  29. BENAR.... on December 22nd, 2009 3:59 pm

    BETUL KATA MEREKA DAHLAH GAJI KECIL MALAH TUGAS KAMI LEBIH BANYAK DARI GURU-GURU YANG LAIN,

  30. ajam on January 13th, 2010 7:15 am

    saya dari wakil guru2 kafa ingin menubuhkan persatuan untuk membela guru2 kafa untuk menaikkan gaji guru2 kafa dinaikkan dan membela kebajikan guru2 kafa.dan kami mencari seramai munkin ahli guru2 kafa yg ditindas.mereka semua telah memdidik anak bngsa kite dan paling penting adalah agama jika x ade org yg yg nk mendidik anak bngsa ni siapa lagi.berikanlah gaji dan kebajikan setimpal seperti sekolah agama.jika kite x bertindak siapa lagi.jika mahu maklumat lanjut email saya di punxkillerx@yahoo.com.

  31. F. Azli on January 22nd, 2010 4:55 pm

    saya ade dengar kafa akan di beri cola sebanyak rm100 sebulan, tetapi setakat ini senyap aje, macam tiada apa-apa pun. kafa johor 3 jam dibayar gaji rm612 sebulan manakala 4 setengah jam diberi gaji rm 800 lebih sahaja.

  32. Aziemas on January 28th, 2010 10:30 am

    setuju dgn kenaikan gaji guru kafa…baru2 ini..segala kelebihan guru kafa di tarik balik….yg paling tidak munasabah..guru kafa wanita bila bersalin langsung tiada cuti bersalin setakat ambil mc yg diberi iaitu 15 hari selebihnya mmg cuti tnpa gaji…dhlah bersalin tnpa gaji yg paling menyedihkan tiada cuti..jika dikira dr segi tugas..guru kafa lg terpaksa memegang pelbagai jawatan dlm pentadbiran sekolah..guru2 tetap..masing2 menolak…kalau ada kursus..nama guru2 kafa ni lah yg akan naik..mmglah bagus..jika guru kafa diberi kursus..tp kalau dh melibatkan kos yg guru kafa sndri tak mampu..nk mintak sumbangan siapa??? kemudian elaun kami tak sama dgn guru2 tetap @ kontrak..kafa selalu lmbt…kdg2 nk byr upah pengasuh anak pon minta tempoh..kami sering kali diingatkan supaya ikhlas dlm pekerjaan kami..tp jika masalah kos sara hidup masa kini yg memberi tekanan kpd kami..sedikit sebnyk memberi impak dlm kami memotivasikan diri kami sndri….pihak yg berkenaan..dgrlah luahan guru2 kafa ini..terima kasih

  33. GURU KECEWA on April 7th, 2010 9:52 am

    Saya mewakili guru Kafa daerah Pontian ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kaki tangan pentadbiran PPAD daerah Pontian.

    1. Memindahkan guru2 kafa di sekolah yang jauh dari rumah. Rayuan demi rayuan yang dibuat tapi nampaknya mereka hanya memandang sebelah mata. Cubalah fikirkan masalah kewangan kami ni. Sesungguhnya doa org2 yg teranaya seperti kami dimakbulkan oleh Allah.Allah itu maha adil. Dulu dia pindahkan kita, sekarang dia pula terima balasannya apabila dipindahkan ke tempat yang jauh sebagaimana dia buat pada kita. Allah itu bayar tunai. Renung2kanlah……….
    2. Tidak layak menuntut elaun perjalanan sekiranya dihantar berkursus ke luar daerah sedangkan kos perjalanan menggunakan duit sendiri. Kalau macam tu jangan hantar guru kafa berkursus.
    3. Memegang banyak jawatan dlm pentadbiran sekolah seperti kewangan, SUP dan banyak lagi sehinggakan kami terpaksa membawa pulang kerja2 tersebut untuk disiapkan di rumah seolah-olah gaji kami ni beribu. Ingat kita ni hamba dia ke……………….
    4. Elaun cuti bersalin dahlah tak dapat, dah tu siapa yang bersalin dari tahun 2006 - 2009 elaun akan ditarik balik. Masuk akal ke tu? Sesungguhnya guru kafa tiada apa2 keistemewaan dan langsung tiada pembelaan dari sesiapa.
    5. Mana elaun cola seperti yang dijanjikan. Janji cuma tinggal janji jer. Saja nak menyedapkan hati kita ker atau nak memujuk hati kita. Kami dah bosan sebenarnya dengan keadaan ini. Kalau tak de duit cakap jelah tak de duit. PAHAM……………………..
    6. Saya sangat menyokong dengan komen2 yang di atas dan kepada pihak pentadbiran PPAD daerah pontian tolonglah faham masalah kami ni. Sekiranya anda tidak mahu di gelar “ZALIM” tolong jangan pindahkan kami, hanya pindahkan kepada sesiapa yang berhajat sahaja. Apa org di pej ni dah tak de kerja lain lagi ke yg nk dibuat selain memindahkan kami. EEEEEE geram betullah.
    7. Pada tahun 2006 kami disuruh ambil periksa bahasa arab kononnya nak diserapkan ke jawatan tetap. Maka ramailah yg telah mengambil periksa tersebut. Apa dah jadi sebenarnya sampai sekarang perkhidmatan kami macam ni juga. Mana dia slogan RAKYAT DIUTAMAKAN………… Kami ni rakyat malaysia ke pendatang asing ?????????????
    Kepada sesiapa yang berkenaan tolonglah dengar permasalahan kami ini. Tenaga kita digunakan, diperah dan macam2 lagi tapi mana kebajikan kami.

    TOLONGLAH KAMI YANG TELAH DIANAYA…………..

  34. MOINA on April 15th, 2010 2:44 pm

    berita harian ade keluarkan isu mengatakan elaun guru kafa akan dinaikan sebelum taun depan,,so same2 la kite tunggu dan lihat..
    “1Malaysia RAKYAT DIUTAMAKAN”
    YA ALLAH YA TUHANKU….MANUSIA DI DUNIA INI LEBIH PENTING KAN DUNIAWI DARI AGAMA ISLAM YANG SUCI INI…YANG MENGAJAR AGAMA ISLAM INI SERING DI TOLAK KETEPIKAN..PADAHAL AKU INI DAN MEREKA2 DI LAHIRKAN DI DALAM NEGARA ISLAM…BANTU LAH NASIB GURU KAFA….

  35. siti on April 27th, 2010 4:50 pm

    saya setuju dengan komen2 kat atas,sepatutnya pihak kerajaan haruslah lebih prihatin dengan nasib guru2 kafa….kami bekerja dengan kerajaan tapi gaji pada tahap kemiskinan…adil ke??????kat PM rakyat didahulukan….tapi apa yang kami dapat..hanya janji tinggal janji sahaja…sedangkan di negeri selangor gaji guru2 kafa bolehlah dikata ok..itu di negeri pembangkang…..tapi di johor dibawah pentadbiran kerajaan???

  36. laloa on May 17th, 2010 1:04 am

    elaun guru kafa khususnya sarawak tak penah naik…
    dah bertahun2 mgajar mgaharap kan naik harap je….
    nak beli minyak motor pun dah tak larat dah
    skolah tu nun jauh kepedalaman.
    mengenangkan kejo…….

  37. susah hati on May 17th, 2010 1:08 am

    elaun guru kafa khususnya sarawak tak penah naik…
    dah bertahun2 mgajar mgaharap kan naik harap je….
    nak beli minyak motor pun dah tak larat dah
    skolah tu nun jauh kepedalaman.
    mengenangkan kejo…….

  38. BELALAH NASIB KAMI on May 31st, 2010 10:44 pm

    Siapa yang boleh membela nasib kami guru KAFA? Betul,Kebanyakkan guru KAFA bergantung sepenuhnya kepada elaun .Oleh itu bantulah kami

  39. LIYA on June 26th, 2010 12:40 pm

    BILA LAH AGAKNYA ELAUN GURU KAFA NAK DINAIKKAN….DAH LE ELAUN LAMBAT MASUK,BANTU LAH GURU-GURU KAFA…..MEREKA PUN MEMERLUKAN PERBELANJAAN HARIAN SEBAGAIMAN INSAN LAIN YANG MEMERLUKAN…..RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA….

  40. fara on August 5th, 2010 11:42 pm

    saya guru kafa negeri johor..dah lama sangat memendam rasa terhadap pentadbiran pendidikan negeri johor..tenaga kami dikerah mengalahkan guru agama tetap..malahan khidmat guru kafa lagi banyak diguna pakai dalam melancarkan aktiviti pentadbiran di sekolah agama..jika guru kafa tak menghadirkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan..muncullah ugutan surat tunjuk sebab mengapa tidak beri kerjasama..walhal..elaun ciput..mana kami mampu nak isi minyak sentiasa..nak bergerak pun perlu duit..dah la bersalin kena byr balik..zalimmmmm.
    kami nak keadilan..kami mengajar ikhlas..tp macam mana nak ngajar jika hati susah memikirkan bagaimana nak hidup di zaman yang serba serbi perlukan duit…

    kotakan janji yang ditabur…hidup islam..hidup guru kafa…