JANGAN BUNUH DIRI…
November 9, 2009 · Print This Article

Cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) supaya rokok berjenama di negara ini dijual pada harga RM30 sekotak yang mengandungi 20 batang saya dok sokong 200 peratus. Sekurang-kurangnya dengan harga semahal tu, perokok akan fikir 2 kali kalau depa nak juga hisap rokok. Bila depa dah kurang merokok, udara lebih sihat dan kita yang tak merokok ni pun akan lebih sihat dan selamat.
Kalau nak dikira, tiap tahun walaupun kerajaan pi dok naikkan cukai dan harga rokok, perokok tetap juga tak mahu berhenti, malah bertambah pulak dengan perokok baru. Biasanya yang baru ni, budak-budak remaja belasan tahun. Depa blajaq merokok dengan menghisap rokok-rokok jenama murahan yang ada di pasaran. Kalau nak dikira, rokok-rokok jenis tu yang lagi bahaya, entah bahan buangan apa depa pi buat rokok murah tu. Tapi bagi remaja dan perokok, depa tak kira, janji berasap sudah….
Sebab tu, saya sokong sangat kalau kerajaan naikkan harga bahan pembunuh tu mahai-mahai, biaq perokok fikir dua tiga kali kalau depa nak merokok jugak. Lagi pun apa nak hairan, harga rokok di beberapa negara luaq pun memang mahai, contohnya harga rokok berjenama bagi kotak 20 batang di United Kingdom adalah RM36.60, Ireland (RM37.98), Singapura (RM27.80), New Zealand (RM27.20), Jepun (RM10.60) dan Sri Lanka (RM10.90).
Jadi apa lagi, marilah kita sama-sama menyokong cadangan CAP supaya usaha kita ini dapat menyelamatkan ramai pembunuh diri di negara ini. Kita kena ingat, rokok antara pembunuh utama rakyat Malaysia.



Assalamualaikum
Kata iklan kesihatan, ” tiada nyamuk, tiada denggi”. Dalam kes perokok ini slogan yang patut disebut ialah “tiada rokok, tiada perokok”…..
Kalau harga rokok naik yang kaya kumpulan “seludup” kerana makin banyak penyeludupan rokok dengan harga lebih rendah. Kalau “haramkan rokok” pun belum pasti dapat hapuskannya di pasaran sebagaimana “dadah”. Hukuman bunuh pun masih ada diperdagangkan. Sewajarnya hapuskan segala sumber-sumber rokok ……. biaq takdak teruis …… baru takdak penghisap..
Saya amat terpanggil dengan artikel cik Chain tentang tabiat merokok. Pagi buta tadi,semasa menghantar anak ke sekolah saya singgah ke sebuah kedai runcit untuk membeli minuman.
Tba-tiba anak saya mengaus melihat dua orang pelajar tingkatan 4 dengan selambanya membeli rokok dan terus memasang api rokok didepan kami tanpa segan silu.
Apa yang saya nak komen, larangan jual arak kepada orang ramai kerajaan boleh meletakkan garis panduannya dimana orang-orang tertentu sahaja boleh membelinya. Begitu juga tempat-tempat perjudian, kerajaan telah meletakan larangannya. Tetapi persoalannya kenapa kerajaan tidak boleh meletakkan larangan yang menegahkan para pelajar atau kanak-kanak dibawah umur tertentu membeli rokok di kedai-kedai.
Saya rasa jika larangan ini dikenakan seperti larangan-larangan lain, maka kita akan dapat sedikit sebanyak tabiat merokok di kalangan masyarakat negara ini. Sesuatu itu terutama perkara-perkara yang baik, sepatutnya dilentur dari rebung lagi kalau kita nak berjaya dalam apa-apapun.
Penguatkuasaan adalah penting.
Kenaikan harga rokok semestinya ada pro dan kontra.Dari satu sudut ianya dapat mengurangkan bilangan dalam negara dan dari sudut yang lain saya bersetuju dengan pandangan “sekeraslidah”.Aktiviti tidak bermoral seperti penyeludupan pasti akan lebih parah.Ini kerana pada tahap harga sekarang pun penyeludupan menjadi duri bagi pihak berkuasa.
Kerajaan telah membuat pelbagai kempen bagi mengurangkan atau menghentikan budaya merokok dikalangan rakyat Malaysia.Semasa saya menjadi anggota sebuah kementerian,saya turut terlibat dalam kempen ini.Di hospital hospital kerajaan diadakan Unit Kaunseling kepada perokok. KKM mengadakan kempen ” Tak Nak”.Kempen ini diperlekehkan dan gagal namun membawa keuntungan kepada LKC yang menjadi konsultan yang sepatutnya diberikan kepada jabatan Dato’ pada waktu itu.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengharamkan rokok tetapi ianya dipandang sepi.Dimana silapnya? Semuanya kerana sikap.Rakyat Malaysia sanggup “Bakar Wang Untuk Membunuh Diri”.
Apa kata Jabatan Penerangan membuat kempen secara besar besaran.Bermula dengan kakitangan Jabatan dan seterusnya jabatan dan agensi dibawah KPK.Saya rasa kempen ini akan mendapat sambutan ke arah menurangkan budaya merokok di Malaysia.
Saya bersyukur kerana bukan tergolong dikalangan ” Pembunuh Diri Sendiri”.Saya juga ingin mengajak orang di Padang Terap dan Pokok Sena supaya berhenti merokok.
Salam Puan Qamariah,
Sebenaqnya kalau puan perhatikan, kerajaan adamengeluarkan peraturan kepada semua peniaga untuk tidak menjual rokok kepada sesiapa dibawah umuq 18 tahun. Biasanya kenyataan larangan ini diletakkan dikaunter2 rokok. bagi saya apa yang puan lalui, adalah kerana sikap tidak bertanggungjawab peniaga yang mengambil kesempatan tanpa memikirkan akibat yang berlaku dikemuadian hari. Saya harap untuk akan datang, mungkin puan boleh menegur kesilapan peniaga tersebut.
Terima kasih atas keperihatinan puan.
salam…merokok adalah makanan bagi perokok kerana perokok ni jika tak makan pun tak pe janji rokok mau ada..bukan tak nak berhenti tapi tak mampu nak berhenti krn faktor ketagih.jika di tanya kepada perokok,mereka memang nak berhenti merokok tapi apakah daya mereka tak mampu,lebih-lebih lg mereka yang telah berkeluarga dan menpunyai anak ramai.oleh kerana itu pendekatan pemulihan perlu di perluaskan di peringkat perokok tegar dan pencegahan merokok di kalangan pelajar-pelajar di sekolah.peranan komuniti bestari di kampung-kampung untuk menjalankan kempen-kempen kesedaran dan penerangan mengenai pemulihan untuk berhenti merokok dengan kerjasama kementerian kesihatan perlu di lakukan,kelab setia pulak perlu berperanan di sekolah dengan memupuk nilai-nilai jati diri di kalangan pelajar,kebiasaannya perokok-perokok tegar ini bermula berjinak-jinak menhisab rokok di peringkat sekolah lagi.kenaikan harga rokok yang mendadak akan menyebabkan masalah lain antaranya perokok akan terdesak mencari duit untuk menbeli rokok dengan itu timbul masalah sosial cthnya peragut,mencuri,rasuah,pengabaian tanggungjawab keluarga,tekanan hidup dan sebagainya.oleh itu pendekatan pemulihan dan pencegahan perlu di lakukan dengan bersungguh-sungguh dan perlu di jalankan dengan kerjasama semua jabatan-jabatan,agensi-agensi,NGO,dan masyarakat.kenaikan harga rokok yang mendadak bukan penyelesaian masalah ini…perokok juga manusia biasa perlu di beri motivasi dan kesedaran..
Dato’, saya amat setuju kalau harga rokok makin mahal. Ramai yang boleh berhenti tetapi ramai juga yang nak meneruskan tabiat buruk ini. Bila harga tinggi perokok berfikir banyak kali. Nak teruskan ke atau berhenti.
Pihak kerajaan kena bertindak tegas. Penyeludupan rokok putih dan wujudnya rokok tiruan mesti diperangi habis-habisan. Manakala hukuman aktiviti itu juga ditambah lebih berat.
Manakala kawasan larangan merokok dikuatkuasakan sepenuhnya dan diperluaskan. Tidak ada kompromi terhadap pesalah rokok dan semua yang ada kuasa beri komitmen tegas.
Sepatutnya perokok kena memahami betapa mudaratnya akbiat merokok terhadap diri dan orang sekeliling. Carilah amalan lain sebagai alternatif menghilangkan tabiat buruk itu. Jika ada kekuatan silalah berhenti demi kesihatan dan kebaikan sendiri.
pasal rokok ni Dato ada orang kata biar putus cinta dan sayang jangan putus rokok, tapi saya telah berjaya berhenti merokok sejak 10 tahun lalu kerana doktor berkata pada saya, anda mahu rokok kasi awak berhenti hidup atau awak berhenti merokok.
Dato’,
Merokok memang membahayakan kesihatan. Ini tak boleh disangkal. Tapi pasai apa perokok merupakan antara golongan yang paling banyak ditekan, dipandang jijik an dianggap golongan yang paling haprak berbanding golongan lain?
Janganlah kenakan hukuman yang terlampu teruk terhadap perokok. Kesalahan depa rasanya taklah seteruk kesalahan puak yang menyelewengkan duit rakyat, menipu orang miskin, menjadi pelacur, penyangak, menjadi tauke judi, kelab malam dan pelbagai kegiatan jenayah serta maksiat lain. Pasai apa golongan yang lain ni tak dipandang sejijik perokok? Besar sangatkah kesalahan perokok ni?.
Kalau harga rokok dinaikkan sampai RM30 sekotak, jawabnya semakin banyaklah yang menjadi peragut dan pencuri bagi mencari duit untuk membeli rokok. Carilah cara lain untuk mengurangkan tabiat merokok.
Saya bimbang kalau-kalau akibat terlalu teruk ditekan, perokok, yang sebahagian besarnya adalah pengundi, akan berpakat untuk tidak menyokong kerajaan yang tak habis-habis menaikkan harga rokok. Kalut pulak jadinya nanti!
Jangan lupa Dato’! Perokok juga adalah rakyat, sekali-sekala kepentingan depa juga patut diberi keutamaan, kalaupun tak selalu.
Salam sejahtera Dato’. Saya bersetuju dengan pendapat beberapa pemblog bahawa tindakan menaikkan harga rokok tidak dapat menyelasaikan masalah perokok kerana terdapat banyak alternatif untuk mendapatkan rokok.
Saya cadangkan Kementerian kesihatan menubuhkan pusat Akademi berhenti merokok di setiap Daerah supaya para perokok yang berhasrat berhenti merokok punya tempat mendapatkan nasihat dan bimbingan dari pakar.
Salam hormat Dato’. Berapapun harga yang perlu dibayar oleh perokok mereka tetap sanggup asalkan dapat menghisap rokok. Tetapi untuk menanam kesedaran tentang BAHAYA merokok adalah lebih mahal daripada seseorang membayar harga rokok setahun, sedangkan kesedaran itu menjamin kesihatan bekas perokok sepanjang hayatnya. Kerajaan boleh menaikkan harga rokok tetapi perokok tetap membelinya secara sebatang-sebatang. Oleh itu carilah jalan untuk menyedarkan perokok supaya menghindarkan diri dari merokok. Fikilah caranya, OK.
Kalau dan ketagih rokok tu susah nak berenti. Walau harga rokok mahal macam ner pun perokok masih membelinya kerana dah jadi makanan harian mereka. Tak dapat rokok macam nak gila dibuatnya…Walau iklan dan gambar pesakit yang merokok ditampal di kotak rokok, tapi orang yang merokok masih tidak insaf sebab mereka sudah ketagih….. Tak tahu la macamner nak buang tabiat perokok ni. Hanya mereka yang sedar bahayanya sahaja yang akan insaf dan tidak akan merokok lagi..tapi berapa ramai yang sedar akan bahayanya? Kerana ketagih meraka lupakan bahaya merokok tersebut…
halo..dh byk duit di laburkan oleh kerajaan utk buat kempen ttg bahaya merokok..tp kan..apa kata,..penanaman tembakau dihapuskan..rokok x dpt dikurangkan krn selagi ada tembakau ditanam..selagi itulah rokok ada dipasaran..
muat turun E-book yang menerangkan secara terperinci mengenai PC anda, software terkini dan driver untuk semua jenama komputer… muat turun secara percuma disini……
http://y.ahoo.it/vypLdq
saya dulu juga adalah seorang perokok,, hari ini genap 3 tahun saya tinggalkan rokok,, saya jadi perokok selama 17 tahun jika sekarang sya masih perokok genplah 20 tahun sebagai perokok, alhamdulilah perjuangan untuk diri sudah sampai peringkat ini, namun saya belum puas, saya juga beruseha untuk beri kesedaran kepada perokok yang lain untuk tinggalkan tabiat tersebut kerana allah
dulu pernah terdetik pada pemikiran saya untuk berhenti adalah mustahil tapi terbukti untuk tinggalkan yang buruk bukanlah mustahil, kerana tuhan sentiasa menyayangi hambanya dan sentiasa mendengar keluhan hambanya yang ingin kembali pada kebaikan