2009 – KEBANGGAAN - KEGEMILANGAN – KESEDIHAN

December 29, 2009 · Print This Article


2009 tahun yang diwarnai dengan penuh episod suka duka kepimpinan negara. Juga tahun yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri. Peralihan kepimpinan negara antara pak Lah dengan Datuk Seri Najib dilihat sebagai proses pemulihan semula imej kerajaan.

Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kita dok dapat lihat mula meninggaikan kesan positif pada rakyat. Hasrat untuk melihat rakyat kembali bersatu padu sebagai rakyat Malaysia, kita semua dah mula nampak. Rakyat dah mula menolak janji-janji retorik dari pihak-pihak yang setakat pandai dok cakap. Kita dah mula beri tumpuan untuk kesejahteraan negara. Syabas PM….

Kita semua dok rasa bangga dengan pencapaian negara, walaupun kita masih terhimpit dengan kemelesetan ekonomi dunia. Dalam meleset-meleset pun kita masih mampu pi keluaq 2 model kereta MPV, Proton Exora dan Perodua Alza. Hikmah ekonomi meleset juga team bola kita dapat pingat emas dalam sukan sea di Laos, selepas kita dok tunggu hampir 20 tahun dan macam-macam lagi pencapaian kita yang saya tak mampu nak tulih semua.

2009 juga kita ada episod sedih. Masih ramai rakyat kita yang maut di jalanraya. Ops Sikap dimusim perayaan masih tak berjaya. Ramai lagi yang terkorban dijalanraya bila musim perayaan, itu belum lagi dengan kemalangan lain macam bas, kereta, van dan sebagainya. Nampaknya highway kita dah macam kubuq pulak, tempat orang meninggai.

Bah pulak dah memang jadi adatnya. Itu kita memang dah faham, Cuma ada mak ayah yang tak faham-faham pi biaq anak-anak main ayaq bah. Akibatnya ada yang dah mati lemas….maka bahla ayaq mata mak ayah tak berenti. Ada orang kata itu dah memang ajai depa…memangla betui, tapi kan elok kalau kita berjaga-jaga….tak salah pun.

Kalau nak dicatat semua kebanggaan dan kesedihan kita sepanjang 2009 memang penuh ruang ni. Tapi bagi saya apa yang penting, kita mesti mengambil pengajaran dari apa yang berlaku sepanjang tahun 2009. Marilah kita sama-sama nantikan tahun 2010 dengan azam baru, untuk membantu kerajaan membangunkan negara ini dan kita berupaya mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju. Peranan dan tanggungjawab rakyat sangat penting menjamin kemakmuran negara. Janganlah kita asyik dok tanya apa kerajaan boleh bagi pada kita, tapi kan lebih baik kalau kita selalu muhasabah, apa yang kita boleh sumbangkan khidmat bakti kita untuk kerajaan.

Komen

7 Responses to “2009 – KEBANGGAAN - KEGEMILANGAN – KESEDIHAN”

  1. El-Keriani on December 29th, 2009 2:24 pm

    Assalamualaikum Dato.’..

    Memang benar apa yang Dato’ katakan. Tahun 2009 negara kita menghadapi suka duka samada dalam politik atau lainnya. Senario politik mencatatkan peralihan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat kepada kerajaan BN di Perak. Politik Perak mewarnai suasana negara kerana kita lihat PKR dan PAS menghadapi kemelut kerana beberapa isu melanda parti tersebut. MCA sendiri mrnghadapi kemelut politik paling teruk sehingga kini belum selesai. Sukan bola sepak mewarnai negara kerana kita berjaya mengutip pingat emas di Laos, begtu juga dengan kejayaan Dato Chong Wei yang merangkul beberapa siri kejuaraan dunia. Pun begitu kita kecewa dengan kemalangan jalanraya yang melibatkan bas ekspres sehingga mengorbankan 10 nyawa sehingga kini menjadi bualan ramai. Sebut fasal bas ekspres da tingkat ini saya sendiri pernah menaikinya dari KL ke Taiping. Saya duduk ditingkat bawah. Kelajuannya saya pasti melebihi had yang ditetapkan. Memang gayat dibuatnya. Saya mencadangkan kerajaan supaya mengkaji balik operasi bas dua tingkat ini. Penumpang ditingkat bawa terdedah kepada maut apabila berlaku kemalangan.

    Apa pun kita bakal menghadapi tahun baru 2010 yang hanya beberapa hari lagi untuk kita sambut. Semoga tahun baru ini membawa keberkatan dan rahmat dalam kehidupan kita. Insya Allah.. Salam hormat buat Dato’ sekeluarga.

  2. sekeraslidah on December 29th, 2009 2:48 pm

    2009 semakin hampir berlalu. 2010 bakal menyusul. Segala yang berlaku sepanjang 2009 akan ditinggalkan menjadi kenangan dan nostalgia. Kenangan manis wajar dijadikan pedoman. Kenangan pahit patut dijadikan “penawar” sebagai pengajaran. Diharap pahit getir 2009 akan menjadi “khasiat madu” 2010. Semoga negara akan sentiasa makmur sejahtera, aman bahgia dan bebas merdeka. Semoga ekonomi berkembang lebih pesat, keamanan tidak tergugat dan rakyat dalam keadaan sihat segar bugar. Moga kita semua rakyat jelata akan lebih berdikiri dan lebih menyumbang untuk kesejahteraan negara …satu-satunya yang tercinta ini. Selamat tahun baru 2010 yang bakal menyusul lusa buat Dato’ dan semua rakyat Malaysia. Usia semakin meningkat , umur semakin singkat……………..

  3. razak on December 29th, 2009 2:53 pm

    Assalamualaikum

    Antara yang paling menyedihkan peristiwa kemalangan bas.

    Tentang kemalangan melibatkan bas dua tingkat itu ada banyak komen, cadangan dsbnya. Saya harap pemandu bas dua tingkat diberi latihan kemahiran memandu bas jenis itu. Sebenarnya pemandu-pemandu perlu mengikuti kursus lanjutan memandu. ‘Di tangan’ mereka itu kita berharap keselamatan kita selama tempuh menjadi penumpang.

    Kursus pemanduan dengan modul lengkap ada dikendalikan oleh Bhg Keselamatan Negeri Terengganu. Difahamkan ada diajarkan tentang pemakanan sesuai bagi pemandu. Makanan yang digalakkan dimakan. Makanan tidak digalakkan dimakan atau diminum sebelum memandu, Cara memandu dalam cuaca buruk seperti hujan dan waktu malam. Perbuatan yang dilarang ketika memandu dan lain-lain.

    Saya memohon agar boleh diteruskan perkhidmatan bas dua tingkat kerana kemalangan berpunca daripada pemandu, bukan oleh bas itu. Saya juga memohon perjalanan bas waktu malam boleh diteruskan kerana banyak jalan selamat dibina kerajaan kini. Misalnya bas boleh melalui lebuh raya dan memandu tidak laju. Pemandu perlu cukup rehat.

    Adakan sistem tekan butang bunyi supaya penumpang boleh mengingatkan pemandu yang sedang memandu cara bahaya.

  4. juragan kecil on December 29th, 2009 4:27 pm

    setiap tahun pasti ada berita dan tragedi yang menggeparkan negara berlaku dan ianya haruslah dijadikan iktibar kepada semua insan di muka bumi ini

  5. waksir on December 30th, 2009 11:48 am

    Saya amat setuju dengan tulisan Dato’. Itulah perjalanan sebuah negara bernama Malaysia. Rakyat yang baik tetap bersama kerajaan kerana kita melihat masa depan yang cerah menerusi gagasan 1Malaysia. Hanya sebahagian kecil rakyat kita yang kurang sihat pemikirannya kerap melontarkan kritikan yang keterlaluan terhadap kerajaan seolah-olah dialah yang hebat tetapi sedikit pun tidak menyumbang kepada masa depan bangsa Malaysia. Tahun 2009 banyak mengajar kita dan pemimpin kita. Malah 2009 telah menyelamatkan kita semua. Pemimpin mula kembali ke pangkal jalan kerana hanyut oleh kuasa dan kebendaan. Rakyat hanyut kerana keracunan propaganda politik keterlaluan sehingga hampir menggoncangkan kestabilan negara. 2010 akan datang tengah malam esok. Apakah kesilapan lalu kana berulang? Cukuplah dengan perpecahan kembalilah kepada perpaduan. Jadikan 1Malaysia pembuka kesejahteraan kita. Kita akan selamat. InsayAllah Taala.

  6. SyedAlQualaNeqhangni on December 31st, 2009 9:13 am

    Suka duka memang asam garam dalam hidup.Namun begitu amat menyedihkan jika kedukaan yang berlaku adalah kerana “di undang sendiri”.Apa pun kita harapkan 2010 akan memberi sinar baru kepada seluruh rakyat Malaysia.Sama - sama kita berdoa agar tiada kedukaan dalam diari hidup bagi tahun 2010.

    Saya berduka kerana hasrat menabur khidmat dinegeri sendiri belum dimakbulkan……

  7. zakrichan on December 31st, 2009 10:56 am

    tahun 2009 memang banyak memberi kenangan pahit manis dalam diri sendiri mahu pun negara kita dan antarabangsa..bagi diri sy tahun 2009 bermula dengan suram dengan sy di berhentikan kerja kerana penutupan kilang akibat kemelesetan ekonomi segalanya ada hikmah alhamdulilah akhirnya impian menjadi kakitangan kerajaan tercapai pd bulan sept 09 perkara yang paling manis.Di peringkat negara pun tak kurang isu-isu sedih dan gembira.dari masalah di perak dan kejayaan kerajaan barisan nasional mendapatkan semula negeri perak menjadi initipati awal tahun 09,banjir,kemalangan,kejayaan pasukan bolah sepak,dapat PM baru dan mcm-mcm lagi.Di tahun baru 2010 ni moga lebih banyak perkara yang mengembirakan berbanding mendukacitakan. Melaka Maju 2010