MASA UNTUK BEKERJA….
February 10, 2010 · Print This Article

Penantian selama setahun lebih dah pun selesai. Mahkamah Persekutuan dah buat keputusan depa semalam. Dr. Zambry Abd. Kadir dah disahkan sebagai Menteri Besaq Perak yang sah. Semua pihak kena akur dengan keputusan tersebut.
Bagi saya siapa Menteri Besaq bukan persoalan utamanya. Tapi yang paling penting, amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada semua wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya lepas mesti melaksanakan kerja-kerja depa untuk kepentingan rakyat dan negeri. Depa jangan dok banyak main politik sangat, sampai kepentingan rakyat terbiar dan tidak dibela.
Sudah-sudahla…, mulalah bekerja untuk rakyat. Jangan pasai kita ikutkan sangat emosi politik, akhirnya kita gagal laksanakan amanah yang sepatutnya kita buat. Kalaupun tak puas hati, tunggu pilihan raya akan datang, biaq rakyat yang tentukan balik. Sekarang yang penting, masa untuk kita semua bekerja untuk rakyat, negeri dan negara.



Saya setuju benar Dato’ … semua orang tak kira dari parti mana harus hormati keputusan mahkamah. Buang yang keruh ambil yang jernih.. Pemimpin yang telah diberikan amanah oleh rakyat wajib berkerja untuk rakyat dengan penuh bijak sana dan adil. PKR harus terima keputusan ini dengan berhemah, tidak mengganggu pentadbiran kerajaan yang baru. Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku dulu.
Keputusan perbicaraan mahkamah tak seperti keputusan bola sepak. kadang-kadang boleh seri.. Dalam banyak kes perbicaraan, orang yang disebelah “tak menang” ada pelbagai alasan kenapa dia tidak menang. Begitu juga dalam kes “Perak” ni. Saya setuju pandangan Dato’, keputusan dah diketahui…sekarang adalah masa bekerja. Pastikan mereka yang menang…akan benar-benar menang… dan pastikan Perak tak akan kecundang lagi dalam apa juga keadaan. Hati-hati yang luka perlu diubati..mereka yang dah semakin jauh, perlu dirapatkan kembali. Biarkan “Biduk lalu, kiambang bertaut” Semoga pengalaman ini menjadi pedoman kepada semua.
Ya, tinggal 2 tahun je lagi YB-YB nak curah khidmat kepada rakyat yang memilih mereka dalam PR12 lalu. Tak usah isu dipanjang-panjangkan lagi. Udoh le. Teman rase lame sangat isu dimainkan. Dengan keputusan mahkamoh habis cerite. Samade kome pues ketidok takpe. Terime le…Justeru saya setuju sangat dengan kenyataan Dato’ KP di atas. Yop?…
Saya turut terkilan dengan sikap dan tindak tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang tertentu yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengistiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Kenapa apabila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, lantas mereka terus melenting sambil mengeluarkan beberapa kenyataan seperti orang hilang akal!. Sikap ini jelas menunjukkan bahawa mereka ini sebenarnya mengutamakan kepentingan peribadi, bukan kepentingan rakyat sebagaimana yang mereka war-warkan. Rakyat hanyalah sebagai alat untuk mereka mencapai agenda peribadi mereka sahaja. Kalau betul berjuang untuk rakyat mereka tak perlu bertindak seperti orang hilang akal apatah lagi mereka ini mendakwa diri mereka sebagai pemimpin Islam, kerana jawatan bukan untuk bermegah-megah tetapi merupakan satu amanah yang amat berat untuk pikul. Di akhirat kita akan ditanya sejauh mana kita telah melaksana amanah tersebut.
Saya setuju dengan pandangan Dato’ bahawa mereka yang terlibat ini harus bermuahasabah diri. Jangan cemarkan Islam hanya semata-mata untuk mencapai matlamat peribadi. Pelantikan Menteri Besar Perak dibuat mengikut saluran yang betul. Pihak yang tidak bersetuju telah pun diberi kesempatan secukupnya untuk membuat bantahan melalui mahkamah. Terimalah keputusan mahkamah dengan hati terbuka. Jangan politikan lagi perkara ini. Pemimpin Islam wajib tunjuk contoh yang baik. Sebagai orang Islam kita wajib yakin ini semua adalah ketentuanNya juga. Kepada penyokong-penyokong pembangkang saya (anak Perak di perantauan) juga ingin menyeru agar mereka menghentikan perbuatan sia-sia yang boleh merosakan bangsa, agama dan negara. Jangan biar diri terus diperalatkan. Tak usah gusar, selagi bernyawa dan sihat tubuh badan , bererti peluang untuk kita berbakti kepada bangsa, agama dan negara sentiasa terbuka.
Lancang kuning keluar berlayar,
Belayarnye sampai ke hujung tanjung,
Berkhidmat kami tak mintak di bayar,
Berjuang kami tak mintak di sanjung.
Selat melaka antara zaman,
Tapak sejarah tamadun melayu,
1malaysia jadi pedoman,
Supaya hidup bersatupadu.
Laugan azan di masjid tengkera,
Tandanya waktu untuk bersolat,
Mari lah kita bersatu jiwa kuatkan suara,
Laungkan 1Malaysia penuh semagat.
Salam Dato,
Sebenarnya kita dah jemu dan kemelut Perak. Rakyat Perak apatah lagi. Soal rampas kuasa tak timbul kerana Perak sudah ada MB yang sah disisi undang-undang. Siapalah kita dan mempertikai keputusan mahkamah rayuan yang dibarisi oleh hakim -hakim berpengalaman. Saya sebagai anak jati Perak juga berharap YAB Dr.Zambry terus bekerja membangunkan negeri ini dengan penuh yakin kerana mendung telah berarak lalu. Kepada pembangkang belajarlah menerima hakikat dengan berlapang dada, terima keputusan dengan tenang tunggu sahaja PRU 13 nanti boleh betarung kalau berminat dan rasa gagah lagi…
POLITIK PERAK TIDAK AKAN TENANG. NIZAR AKAN MENJADI SEMAKIN SOMBONG DAN RIAK YANG AKHIRNYA MENJATUHKAN DIRINYA SENDIRI DAN BANGSA MELAYU PERAK. KALAU DITARIK DARJAH DATO’ SERI DARIPADANYA MUNGKIN RIAKNYA AKAN BERKURANGAN. LAGI PUN KATA-KATANYA BANYAK MENGHINA PADUKA SERI SULTAN PERAK. DIA NI TAK SEDAR DIRI LAGI.