Teknologi

Hormat agama, budaya lain – Tuanku Muhriz

Story Highlights

  • Knowledge is power
  • The Future Of Possible
  • Hibs and Ross County fans on final
  • Tip of the day: That man again
  • Hibs and Ross County fans on final
  • Spieth in danger of missing cut

SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berkenan berangkat ke Majlis Santapan sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Ke-70 dan Tahun Baharu Cina 2018 di sini, hari ini.

Majlis anjuran Ahli Korporat dan Perniagaan, Tan Sri Lim Huah Leong itu turut dihadiri lebih 500 ahli dari 60 Persatuan Cina Negeri Sembilan.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan dua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Datuk Seri Zain Al-‘Abidin.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan II yang juga Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Chong Sin Woon dan Ketua MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Lim Chin Fui.

Majlis Santapan kemudian dimulakan dengan acara memotong kek dan menggaul yee sang.

Terdahulu Tuanku Muhriz bertitah, baginda menekankan supaya rakyat mengamalkan sikap toleransi dan menghormati amalan setiap agama dan budaya di negara ini.

“Penghormatan bukan diminta tetapi diperoleh. Oleh itu jika kita tidak menghormati orang, mereka juga tidak akan menghormati kita,” katanya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan oleh Tuanku Muhriz kepada kanak-kanak dan golongan kurang bernasib baik.

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close