Tempatan

Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti pada 1 Syawal

SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengadakan majlis Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada hari raya pertama.

Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Mohd Faizal Abdul Manap, berkata majlis itu akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga jam 2 petang.

“Tuanku Muhriz dijadual berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat pada pagi itu, dan kemudian berangkat ke Istana Besar Seri Menanti untuk majlis Istana Terbuka.

“Kita jangka 5,000 orang akan hadir pada majlis itu,” katanya.

Beliau berkata majlis itu yang diadakan setiap tahun memberi peluang kepada rakyat berhari raya bersama baginda.

Katanya, seluruh rakyat dijemput hadir dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan pada majlis itu. – BERNAMA

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close