KPDNHEP

Food Bank Malaysia

Ringkasan

KPDNHEP memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi mendapatkan komitmen daripada pasar raya untuk menyumbang makanan berlebihan yang masih selamat untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Inisiatif ini menjadi titik permulaan kepada usaha kerajaan meringankan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan di kalangan rakyat Malaysia.

Perasmian peringkat kebangsaan pada 22 Disember 2018 di Pulau Pinang oleh YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan mewakili YAB PM.

Mengumpul dan mengagih lebihan makanan (food surplus) bagi manfaat golongan kurang kemampuan (pendapatan bawah RM1,000 sebulan).

Ia juga suatu kaedah mengendalikan lebihan makanan yang dihasilkan industri pembuatan makanan, peruncitan, hotel dan restoran.

Fasa Perlaksanaan • Fasa 1 (Ogos – Disember 2018) • Fasa 2 (bermula Januari 2019)

Perlaksanaan Food Bank Siswa di UMS akan digerakkan melalui dua konsep iaitu ‘Food Pantry’, iaitu di mana tempat khas disediakan untuk pengagihan makanan kering, dan ‘Central Kitchen’, dimana makanan mentah yang disumbang akan dimasak oleh para sukarelawan sebelum diagihkan kepada pelajar yang memerlukan.

Sasaran

Kementerian Kewangan pada 18 Mac 2019 meluluskan peruntukan RM3 juta kepada KPDNHEP untuk menyediakan 14 unit lori lengkap pendingin bagi melakukan pengedaran makanan kepada golongan B40 termasuk di 20 universiti awam

Pencapaian

• Sejak Program Foodbank Malaysia dilaksanakan, sebanyak 113,756 isi rumah telah menerima manfaat dan 1,156 metrik tan makanan diselamatkan daripada pembaziran.

• Program Foodbank Malaysia ini turut diperluaskan ke peringkat IPTA dengan nama Foodbank Siswa. Program Foodbank Siswa telah diadakan di beberapa IPTA berikut:

i. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 27 Februari 2019 dan melibatkan seramai 200 orang mahasiswa perubatan;

ii. UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 23 Mac 2019 dan melibatkan seramai 800 orang penerima;

iii. Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 28 Mac 2019 dan melibatkan seramai 300 penerima;

iv. Universiti Malaya (UM) pada 9 April 2019 dan melibatkan seramai 500 orang penerima;

v. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 15 April 2019 dan melibatkan seramai 200 orang penerima;

vi. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 29 April 2019 dan melibatkan seramai 500 orang penerima.

vii. Universiti Teknologi Malaysia KL (UTM KL) pada 3 Mei 2019 dan melibatkan seramai 382 orang penerima.

viii. Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 10 Mei 2019 dan melibatkan seramai 200 orang penerima

Setakat ini, Food Bank Siswa telah beroperasi di 9 IPTA dengan sejumlah 3,215 mahasiswa menerima bantuan berterusan. KPDNHEP-Laman Rasmi akan mempertingkatkan usaha meluaskan Food Bank Siswa sehingga sasaran 20 IPTA dicapai.

Tarikh Kemaskini : 9/5/2019 Sumber : FB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Show More
Back to top button
Close