Month: July 2019

Posted on: 08/07/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Obesiti Kanak-Kanak Semakin Serius Di Malaysia

KUALA LUMPUR (Bernama) — Farhan (bukan nama sebenar) dihantar ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan untuk jangkitan kuman pada kaki kanannya. Sepatutnya, ubat-ubatan dan penjagaan sudah memadai untuk menyembuhkan seorang kanak-kanak sihat yang berusia 12 tahun. Bagaimanapun, Farhan bukanlah kanak-kanak yang sihat kerana berat badannya ketika itu melebihi 100 kilogram (kg). Susulan daripada itu, Farhan dirujuk kepada hospital kerajaan bagi merawat komplikasi akibat berat badannya yang berlebihan itu. Namun,…

Posted on: 08/07/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia sasaran utama pasaran halal Taiwan

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Sebagai pasaran Islam paling maju di Asia Tenggara, dengan lebih 20 juta umat Islam, Malaysia merupakan pasaran halal penting yang menjadi sasaran Taiwan. Hubungan mesra antara Malaysia dan Taiwan memberikan ruang yang cukup untuk terus meningkatkan kerjasama dalam bidang halal. Taiwan Expo 2019 yang baru-baru ini berlangsung di Pulau Pinang, mempamerkan produk halal terbaik dari negara itu di Pavilion Taiwan Halal & Bubble Teh.…

Posted on: 08/07/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MED tiada hasrat ubah definisi belia sertai program usahawan

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) tidak berhasrat menukar definisi had umur belia kepada 30 tahun bagi membolehkan golongan itu mengikuti program pembangunan keusahawanan anjurannya dan agensi berkaitan. Sambil menegaskan dasar berkaitan itu dikekalkan, Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata perubahan definisi had umur itu juga tidak akan menjejaskan perancangan program pembangunan usahawan belia yang telah pun dirangka. Sehubungan itu, beliau meminta kalangan usahawan terbabit…

Posted on: 08/07/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MIA cadang inisiatif IR 4.0 bagi sektor perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Institut Akauntan Malaysia (MIA) mencadangkan sektor perkhidmatan negara mempunyai inisiatif nasional mengenai Revolusi Perindustrian Keempat 4.0 (IR4.0) untuk memacu transformasi digital dalam segmen itu. Ketua Pegawai Eksekutif Dr Nurmazilah Mahzan berkata cadangan telah dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada beberapa minggu lepas untuk membolehkan inisiatif tersebut dirangka untuk menyokong pembangunan negara. “Tahun lepas, MITI memperkenalkan inisiatif IR4.0, Industry4WRD untuk sektor pembuatan…

Posted on: 08/07/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 12

Bantuan Sara Hidup (BSH) 40

“BSH B40 merupakan pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Kadar bayaran BSH B40 adalah seperti berikut: • RM1,000 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah; • RM750 bagi isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000; dan • RM500 bagi isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000. Bagi tahun 2019, Kerajaan Pakatan Harapan telah memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap…