Info Ekonomi

Ekonomi Digital

Ekonomi Digital
Sumber : Infografik Bernama
#belanjawan2020 #jabatanpeneranganmalaysia

Ringkasan:
Ekonomi Digital bakal mewujudkan Digital Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk tempoh 5 tahun. Pelan itu melibatkan pelaburan RM21.6 bilion melalui kerjasama kerajaan dan swasta.

Kerajaan akan meningkatkan kesalinghubungan di kawasan pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak. Sebanyak RM250 juta akan diperuntukan bagi menyediakan akses jalur lebar melalui teknologi satelit.

Selain itu, sebanyak RM210 juta akan disediakan bagi mempercepatkan infrastruktur digital di sekolah sekolah dan kawasan berimpak tinggi seperti taman perindustrian. Turut diperkenal Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta.

Ini untuk mengalakkan pembangunan teknologi oleh syarikat tempatan untuk menghadapi gelombang perubahan 5G. Sebanyak 25 juta diperuntukkan bagi penyediaan Dana Geran Padanan Secara Bidaan . 

Ini bertujuan mengalakkan lebih banyak projek perintis aplikasi digital yang memanfaatkan pelaburan dalam infrastruktur gentian optik dan 5G.

Show More
Back to top button
Close