Info Pendidikan

Pecahan Peruntukan Naik Taraf Berdasarkan Jenis Sekolah

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
#belanjawan2020 #jabatanpeneranganmalaysia

Ringkasan:
Sebanyak RM735 juta diperuntukan untuk tujuan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah di seluruh negara bagi memastikan sekolah sedia ada dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar. Kerajaan juga memberi tumpuan kepada usaha membaik pulih sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM783 juta, terutamanya di Sabah dan Sarawak, selain membina beberapa sekolah baharu di Langkawi, Kulai, Hulu Langat, Putrajaya, Pasir Gudang, Tumpat, Marang dan Johor Bahru.

Bagi sekolah kebangsaan, peruntukan sebanyak RM23 juta turut disediakan untuk memastikan sekolah mempunyai kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU), selaras dengan dasar penolakan sifar yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan di mana tiada kanak-kanak OKU dinafikan hak pendidikan disebabkan kelainan upaya mereka.

Tags
Show More
Back to top button
Close