Info Pendidikan

Program Pendidikan TVET

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
#belanjawan2020 #jabatanpeneranganmalaysia

Ringkasan:
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menerima peruntukkan sebanyak RM5.9 bilion dalam Belanjawan 2020. Jumlah tersebut termasuk RM50 juta melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi membiayai kursus TVET yang dilaksanakan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (SSDC). Ia memperkukuhkan lagi sinergi antara sektor awam dan swasta menerusi peningkatan pembiayaan SSDC.

Kerajaan akan memperluaskan laluan kerjaya graduan TVET untuk melanjutkan pengajian dan mendapatkan pekerjaan. Justeru, Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) akan mula menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional. Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) akan bekerjasama dengan industri untuk menyediakan latihan TVET yang dipadankan dengan pekerjaan bersesuaian. Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan RM30 juta untuk melatih lebih 3,000 belia daripada keluarga berpendapatan rendah.

Tags
Show More
Back to top button
Close