Berita Terkini

PLUS tawar diskaun tol 20 peratus sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Pengguna rangkaian lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan menikmati diskaun tol 20 peratus Sabtu ini bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.

PLUS dalam kenyataan memaklumkan potongan kadar 20 peratus itu bermula pada jam 12 tengah malam sehingga 11.59 malam, 25 Jan.

Diskaun itu diberikan kepada pelanggan kenderaan persendirian di Lebuhraya Utara-Selatan; Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE); Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); dan Lebuhraya Utara-Selatan Tengah (ELITE). Turut menikmati diskaun itu ialah pengguna Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua); Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); Jambatan Pulau Pinang; dan LPT2.

Bagaimanapun, diskaun itu tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor dan pengguna Jambatan Pulau Pinang yang kini menikmati diskaun tol 20 peratus sedia ada menerusi kad Touch ‘n Go.

– BERNAMA

Show More
Back to top button
Close