Berita Terkini

Tiga Kes Positif 2019 Novel Koronavirus

Tiga kes positif 2019 novel koronavirus yang dilaporkan , membabitkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi; seorang lelaki berusia 52 tahun yang dirawat di wad isolasi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan seorang wanita menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini meningkat kepada tujuh setakat ini. Kesemua tujuh kes itu melibatkan warganegara China.

Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respons terhadap wabak penyakit dapat dilaksanakan dengan cepat dan baik. Kapasiti dan keupayaan sedia ada ditingkatkan bagi menangani kejadian jangkitan koronavirus.

Sumber: BERNAMA

Show More
Back to top button
Close