Month: October 2021

Posted on: 30/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022: PM zahir penghargaan kepada Keluarga Malaysia atas idea, pandangan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang disifatkannya dekat di hati beliau atas segala lontaran idea dan pandangan dalam menyempurnakan Bajet 2022 ini. Perdana Menteri turut berharap  hasrat membangun semula negara dengan kebahagiaan yang lebih tersulam dan dengan semangat Keluarga Malaysia dapat direalisasikan.  “#Bajet2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” adalah tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook…

Posted on: 30/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inti pati ekonomi bagi Bajet 2022

Berikut ialah inti pati ekonomi Bajet 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini. >Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion untuk Bajet 2022, nilai tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini >Hasil kerajaan dijangka meningkat kepada RM234 bilion pada 2022. >Sebanyak RM233.5 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID19. >RM2 bilion…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah akan diwujudkan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah akan diwujudkan untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang berlarutan sejak sekian lama, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pengwujudan suruhanjaya itu merupakan usaha jangka panjang dilakukan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah berkenaan selain berfungsi mengawasi perkhidmatan air dan pembetungan di negeri ini. Beliau berkata bagaimanapun pindaan terhadap Enakmen Bekalan Air Sabah perlu dibuat di Dewan…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PM lancar Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia sebagai sebuah badan berperanan membantu golongan mahasiswa yang memerlukan. Sebagai permulaan, beliau berkata kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta kepada yayasan tersebut, yang akan disalurkan menerusi Kementerian Kewangan sebagai tanda sokongan kerajaan bagi memastikan kelangsungan operasi serta matlamat penubuhannya tercapai. “Badan ini akan berkolaborasi dengan kesemua saluran bantuan dan yayasan sedia ada di institusi pengajian tinggi (IPT)…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jom teka WARNA baju Menteri Kewangan sempena Bajet 2022 hari ini

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak rakyat Malaysia meneka warna baju yang akan dipakai oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sempena Pembentangan Bajet 2022 secara langsung di Parlimen, petang hari ini. Menerusi pengumuman rasmi di Facebook rasmi RTM-Radio Televisyen Malaysia, individu yang berjaya meneka bakal menerima hadiah misteri daripada RTM. “Nak menang hadiah misteri daripada RTM. ” Hari ini, 29 Oktober 2021 Bajet 2022 disiarkan secara…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

ASEAN labuhkan tirai sidang kemuncak dengan tekad bangkit lebih gagah atasi pandemik

Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang Kemuncak Berkaitan melabuhkan tirainya pada Khamis menyaksikan negara anggota bertekad untuk kembali bangkit lebih gagah menentang pandemik COVID-19. Sidang yang dipengerusikan Brunei Selasa, pelbagai siri mesyuarat memperlihatkan para pemimpin ASEAN memanfaatkan platform berkenaan untuk menyatakan kebimbangan  terhadap isu berkaitan pandemik COVID-19. Pemimpin ASEAN juga menyuarakan mengenai kesan buruk pandemik terhadap masyarakat dan ekonomi di rantau ini dan meneroka kerangka kerja pemulihan yang merangkumi pembukaan sempadan…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

ASEAN dijangka benarkan perjalanan rentas sempadan tidak lama lagi

Kerangka Kerja Pengaturan Koridor Perjalanan ASEAN (ATCAF) dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam masa terdekat bagi mempermudah perjalanan rentas sempadan dalam kalangan negara anggota. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata bagaimanapun, pelaksanaan ATCAF perlu mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan penularan COVID-19. “Boleh dikatakan semua negara ASEAN bercakap mengenai keperluan untuk mengizinkan perjalanan antara negara anggota terutama yang berkongsi sempadan yang sama.  “Kami percaya ia akan dapat…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Mangsa banjir di Kedah meningkat, dua PPS baharu dibuka

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 239 orang daripada 63 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 216 mangsa daripada 55 keluarga petang semalam, yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah berkata dua PPS baharu telah dibuka di Baling malam tadi bagi menempatkan 47 mangsa daripada 16 keluarga ekoran hujan lebat di daerah itu petang semalam. Seramai 26 mangsa daripada lapan…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Satu lagi bajet dengan peruntukan besar dijangka bantu Malaysia hadapi cabaran COVID-19 pada 2022

Walaupun Malaysia berada di peringkat akhir strategi 6R (ketegasan, berdaya tahan, menjana semula, pemulihan, memperkasa dan menyusun semula) untuk keluar daripada pandemik COVID-19 dan beralih kepada fasa endemik, semua mata akan tertumpu pada Bajet 2022 dan manfaat yang ditawarkannya. Kerajaan dijangka terus memberi tumpuan kepada langkah-langkah untuk melindungi nyawa dan memulihkan kesejahteraan, membina semula perniagaan dan memangkin pembaharuan pasca pandemik. Sebagai bajet pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

‘Laluan perjalanan divaksin’ Malaysia-Singapura dirancang

Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan ‘laluan perjalanan yang divaksin’ bagi pengembara antara Malaysia dan Singapura dalam usaha memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu kini dalam proses perbincangan, yang melibatkan beberapa kementerian dari kedua-dua negara, antaranya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sendiri. Beliau berkata laluan khas perjalanan yang divaksin bagi pengembara antara…