Al Quran Diletakkan Di Hotel-Hotel Malaysia
Tarikh : 30 Mei 1997
Keputusan :
Bersetuju meletakkan al-Quran di hotel-hotel di Malaysia dengan mematuhi kaedah berikut :
-
Diletakkan di tempat khas supaya tidak dicapai oleh kanak-kanak sekiranya mereka berada di situ.
-
Sentiasa diawasi oleh penyelia hotel yang beragama Islam supaya tidak disalah guna.
-
Meletakkan nota/catatan bagi orang-orang yang ingin menyentuh al-Quran di cermin khas di mana al-Quran itu ditempatkan.
-
Adalah lebih baik kalau disediakan al-Quran terjemahan supaya mereka boleh memahami dengan lebih dekat lagi isi kandungan al-Quran.