Isnin 17 December 2018
A- A A+
  • Utama
  • AGAMA
  • Fatwa
  • Khurafat dan Azimat Menurut Perspektif Islam

Khurafat dan Azimat Menurut Perspektif Islam


Tarikh :    9 Ogos 1996
Keputusan :   

Muzakarah bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai.

  • Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.  Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.
  • Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudaratkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.
  • Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat.  Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.
  • Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan.  Orang-orang yang bersahabat menggunakan jin, tukang sihir, tukang tenung adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang bodoh dn menzalimi diri sendiri.
  • Amalan menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampur adukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking