Sabtu 20 October 2018
A- A A+

Bahaya Jerebu

Jerebu yang merentasi sempadan negara kini boleh dianggap sebagai ancaman kesihatan kepada manusia. Dikategori sebagai fenomena atmosfera, jerebu terjadi apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain terperangkap dalam jisim udara, seterusnya menjadikan kualiti udara dalam keadaan tidak sihat dan berbahaya kepada kesihatan. Di Asia Tenggara fenomena jerebu berlaku setiap kali bermula musim kering dalam musim Monsun Barat Daya. Keadaan ini diburukkan lagi apabila berlaku pembakaran terbuka terutama di Sumatera akibat aktiviti pertanian atau kebakaran hutan. 


Selain itu juga jerebu terhasil akibat pelepasan asap kenderaan bermotor selain pembakaran bahan api industri. Di Malaysia keadaan berjerebu berlaku sekitar Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos setiap tahun apabila angin bertiup perlahan menyebabkan pembentukan awan kurang aktif seterusnya menghasilkan cuaca kering. Jerebu bukan sekadar menyebabkan masalah pernafasan sebaliknya menjejaskan jarak pandangan yang turut berbahaya kepada pesawat udara.

 

jerebu 1

 

Simpton kepada kesihatan manusia


Masalah kesihatan: Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutama kepada
i) Kanak-kanak
ii) Orang tua
iii) Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain seperti
- Asma
- Bronkitis
- Radang paru-paru
- Penyakit paru-paru kronik
- Penyakit jantung
- Alahan
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
- Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu
- Iritasi (kegatalan) kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta-merta merah
- Sakit dada
- Hidung berair dan kerap bersin
- Mata terasa pedih dan berair

PANDUAN
Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesama, asma, sakit mata, jantung atau penyakit paru-paru kronik perlu kek klinik dengan segera jika keadaan bertambah buruk.
i) Golongan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti dinasihatkan
ii) Orang ramai di nasihat tinggal di dalam bangunan atau rumah
iii) Orang ramai perlu sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
iv) Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (IPU melebihi 100)
v) Minum air yang banyak
vi) Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau tempat berhabuk.
vii) Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa dan sanak saudara yang berpenyakit tidak dibenarkan merokok dalam rumah
viii) Jika kenderaan berhawa dingin sentiasa guna dan elakkan membuka cermin kereta
ix) Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.

Langkah mengurangkan masalah jerebu

1. Peningkatan kenderaan bermotor di jalan raya .Kenderaan perlu diselenggara dengan baik selain memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya

2. Pembukaan tanah secara meluas bukan saja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan pengurangan pembukaan tanah

3. Hindari membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan aktiviti ini.

Sumber maklumat : Harian Metro

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking