Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Hubungan Kuala Lumpur-London Diberi Nafas Baru

pm-queen

Datuk Seri Najib mengadap Ratu Elizabeth II ketika di London

Hubungan antara pemimpin Malaysia dan Britain diberi nafas baru berikutan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke United Kingdom yang berakhir pada 15 Julai 2011.

Selepas beberapa tahun hubungan yang disifatkan sebagai "seolah-olah terpinggir", Datuk Seri Najib berkata, lawatan signifikan empat hari itu adalah satu pengiktirafan bahawa Malaysia masih penting kepada United Kingdom.

Beliau berkata, Perdana Menteri Britain, David Cameron menyatakan kemungkinan melawat Malaysia satu hari kelak dalam usaha mengukuhkan hubungan London-Kuala Lumpur.

najib-cameron

Datuk Seri Najib bersama Perdana Menteri Britain, David Cameron

 

Hasil Lawatan Ke London

  • Sempena lawatan itu, Datuk Seri Najib mengadakan rundingan meja bulat dengan pemimpin industri dari 25 buah syarikat United Kingdom yang mewakili sektor-sektor seperti pembuatan, pendidikan, kewangan, media, jagaan kesihatan, penerbangan, minyak dan gas, khidmat sosial, projek kejuruteraan dan khidmat keselamatan.
  • Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengesahkan bahawa Malaysia dapat menjangkakan pelaburan bernilai antara RM3 bilion dan RM5 bilion dalam dua ke tiga tahun lagi.
  • Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan bank HSBC bersetuju meningkatkan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan di United Kingdom dan Eropah.
  • Datuk Seri Najib menjelaskan kepada Cameron mengenai peranan Malaysia dalam menangani ancamanan keselamatan serantau dan domestik. Mereka juga bertukar pandangan mengenai perkembangan di Afghanistan dan Timur Tengah.
  • Mengenai pertemuannya dengan sekumpulan pemimpin Islam yang terkenal di United Kingdom, Datuk Seri Najib berkata, mereka juga ingin berganding bahu dengan entiti Malaysia dalam usaha memberi penerangan mengenai apa itu Islam sebenarnya ke arah mengurangkan Islamofobia.
  • Mengenai perbincangan untuk mewujudkan satu perjanjian perdagangan bebas antara Malaysia dengan Kesatuan Eropah, Datuk Seri Najib berkata, perkara itu mungkin diputuskan dalam tempoh masa setahun.

Sumber: Berita Harian

Artikel dimasukkan pada 20 Julai 2011