Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Lawatan Yingluck Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Lawatan sulung Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra ke Malaysia mampu memperkukuhkan lagi hubungan erat sedia ada antara kedua-dua negara yang berjiran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata lawatan singkat Yingluck pada 20 Februari 2012 menggariskan hubungan erat antara kedua-dua negara dan rakyatnya. Thailand dan Malaysia sentiasa menjadi lebih daripada sekadar jiran yang baik dan pertemuan tersebut merupakan satu langkah penting dalam proses mengeratkan lagi hubungan sedia ada.

Menurut Datuk Seri Najib, jika kedua-dua negara terus maju pada tahun akan datang, adalah penting bagi kedua-dua negara bukan sahaja mengekalkan hubungan sedia ada malah meneroka kemungkinan bekerjasama dalam bidang lain selain memperluaskan lagi skop hubungan sedia ada.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam sempena lawatan Yingluck di Seri Perdana pada 21 Februari 2012.

najib-yingluck2

Datuk Seri Najib bersama Perdana Menteri Thailand, Ying Luck Shinawatra semasa lawatan kerja di Malaysia pada 20Februari 2012

 

Hubungan Perdagangan Dua Hala Meningkat

Datuk Seri Najib berkata hubungan perdagangan dua hala dan pelaburan antara Malaysia dan Thailand semakin meningkat. Ini adalah menggalakkan dan satu tanda keyakinan bahawa sektor swasta Malaysia mempunyai rakan sejawatan dari Thailand, Malaysia tidak harus menganggap tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan lagi.

"Walaupun tanpa cabaran global ketika ini, ia merupakan satu langkah positif untuk meningkatkan lagi perdagangan intra-Asean. Memandangkan ekonomi utama barat terus berdepan dengan masalah dan pasaran eksport seberang laut tradisi semakin mengecil, langkah sedemikian dilihat penting bagi kedua-dua negara," katanya.

Dalam ucapannya, Yingluck berkata lawatannya ke Malaysia membuahkan hasil, terutama dalam mempertingkat hubungan dua hala dan kerjasama serantau. Adalah menjadi harapan beliau agar kerjasama dua hala Malaysia-Thailand menerusi Suruhanjaya Bersama (JC) bagi Kerjasama Bilateral akan terus berkembang demi faedah bersama.

Ini merupakan lawatan sulung Yingluck ke negara ini selepas menyandang jawatan perdana menteri Ogos tahun lepas.

Beliau dijadual melawat Malaysia pada Oktober tahun lepas tetapi menangguhkannya berikutan banjir besar yang melanda Thailand.

Terdahulu, Yingluck mengunjungi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah di Istana Negara dan mengadakan pertemuan tertutup dengan Najib dan delegasi Malaysia di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Sumber: Bernama

Artikel dimasukkan pada 22 Februari 2012