Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

BIMP-EAGA Perhebat Pengeluaran Benih Jagung Dan Padi Hibrid

BIMP EAGA

Para pegawai dari Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) kini memperhebat usaha ke arah pengeluaran biji benih jagung dan padi hibrid secara besar-besaran bagi membolehkan kawasan berkenaan mampu mengeluarkan makanan sendiri menjelang 2016.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Mindanao (MinDA) dan Menteri Filipina-EAGA Luwalhati Antonino berkata dengan insiatif kumpulan makanan sub-rantau ini, Jabatan Pertanian Filipina (DA) mengenalpasti 30,000 hektar di Mindanao dan Palawan, sebagai permulaan bagi pengeluaran padi hibrid.

Beliau berkata mencapai jaminan makanan adalah satu daripada keutamaan BIMP-EAGA. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan 2 Julai 2013.

Kluster perniagaan tani BIMP-EAGA yang kini dipengerusikan oleh Filipina melalui DA, terletak di bawah teras jaminan makanan dan kumpulan makanan sub-rantau ini.

Anggota Kluster Perniagaan Tani BIMP-EAGA berhimpun di Puerto Princess baru-baru ini untuk membincangkan status projek-projek berkaitan perniagaan tani dan langkah-langkah untuk terus meningkatkan lagi sumbangan mereka kepada kerjasama sub-serantau.

Antonino berkata penggalakkan padi hibrid oleh DA Filipina adalah sebahagian daripada teras kerajaan bagi jaminan makanan untuk mencapai kecukupan dalam padi dan makanan ruji yang lain.

Beliau berkata program pembangunan koridor makanan dan logistik juga sedang dibangunkan untuk melonjakkan industri perniagaan tani BIMP-EAGA yang semakin meningkat dan melalui koridor ini, sumbangan Mindanao untuk sub-wilayah akan memberi tumpuan kepada produk makanan dan pembangunan perniagaan tani.

Sementara itu, Luwalhati berkata melalui penanaman padi hibrid, ladang satu hektar akan menghasilkan kira-kira 10 tan padi untuk setiap musim penanaman, berbanding padi biasa yang mengeluarkan hasil maksimum kira-kira empat tan sehektar setiap kitaran penanaman.

Ditubuhkan pada 1994, BIMP-EAGA meliputi seluruh Brunei Darussalam, 10 wilayah pulau-pulau Indonesia Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Irian Jaya, Sabah, Sarawak dan Labuan di Malaysia dan Mindanao, Palawan di Filipina.

Sub-kumpulan Asean itu bertujuan untuk memacu pembangunan dalam sub-ekonomi yang ketinggalan dalam negara-negara anggota dengan meningkatkan perdagangan, pelancongan dan pelaburan.

Sumber : BERNAMA

Artikel dimasukkan pada : 17 Julai 2013