Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

WIEF Jadi Jenama Global

WIEF

Pengiktirafan sumbangan Malaysia dalam ekonomi dunia Islam, Barat

Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) yang dipelopori Malaysia sejak 2005 kini menjadi jenama global dan mendapat pengiktirafan Barat. Acara tahunan anjuran Yayasan WIEF itu juga bakal menjadi jenama unggul, sekali gus membuktikan kejayaan Malaysia dalam memberi sumbangan kepada ekonomi dunia Islam dan bukan Islam.

WIEF Ke-9 yang berakhir di London pada 31 Oktober 2013 menjadi bukti apabila Perdana Menteri Britain, David Cameron mengambil kesempatan mempromosikan London sebagai pusat kewangan Islam kepada kira-kira 2,700 peserta dari 128 negara yang menyertai forum itu.

Beliau berhasrat menjadikan London sebagai pusat kewangan Islam ketiga selepas Kuala Lumpur dan Dubai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengulas WIEF Ke-9 itu, berkata ia mencapai kejayaan di luar jangkaan terutama dari segi kehadiran sehingga 18 ketua kerajaan dan ketua negara, timbalan mereka serta 50 menteri.

Ini adalah petanda penerimaan jenama WIEF di peringkat global dan menjadi jenama yang unggul. Perdana Menteri yakin masa depan WIEF amat cerah dan menggalakkan.

Beliau berkata, WIEF diterima sebagai pentas memupuk kerjasama dan usaha sama ekonomi, perniagaan serta pelaburan sesama Islam dan antara Islam dengan bukan Islam juga membuktikan kejayaan berkenaan.

pm-wiefPerdana Menteri semasa menghadiri Forum WIEF ke-sembilan di London, pada 29-31 Oktober 2013.

Kewangan Islam diterima

Datuk Seri Najib berkata, pengumuman Cameron untuk menyediakan sistem kewangan patuh syariah dan memperkenalkan sukuk di Bursa London bernilai kira-kira RM1 bilion pula melambangkan penerimaan prinsip kewangan Islam untuk orang Islam dan bukan Islam. Ini juga bermakna perbankan dan kewangan Islam yang menekankan keadilan sosial diterima oleh Barat.

Mengenai WIEF edisi kesembilan, Datuk Seri Najib berkata, penganjuran di London sebagai pusat kewangan dunia amat berjaya kerana mempunyai tarikan tersendiri.

Katanya, penganjuran di Dubai pada tahun 2014 juga akan mempunyai tarikan tersendiri kerana lokasinya sebagai pusat kewangan antarabangsa.

Sumber: Berita Harian

Artikel dimasukkan pada 1 November 2013