Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Malaysia, New Zealand Meterai FTA

afta2

NAJIB dan Key menyaksikan majlis menandatangani FTA antara Malaysia dan New Zealand diwakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Perdagangan New Zealand, Tim Groser, di Kuala Lumpur, semalam.

Hubungan Tradisi Kukuh: PM

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand akan menjadi mercu tanda penting dalam peningkatan perdagangan serta pelaburan membabitkan kedua-dua negara, sekali gus memperkukuhkan hubungan tradisi yang sedia terjalin.

Perdana Menteri berkata, hubungan tradisi kedua-dua negara sentiasa baik yang dibuktikan dengan jumlah perdagangan antara Malaysia dan New Zealand yang meningkat dua kali ganda antara 2006 hingga 2008. Sebagai contoh, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara meningkat dua kali ganda daripada 2006 hingga 2008 dengan jumlah RM6.15 bilion.

Berikutan pemeteraian FTA di antara kedua-dua negara katanya, Malaysia berharap akan menjadi lokasi pilihan bagi ahli perniagaan New Zealand, bukan saja dalam perdagangan di negara ini, sebaliknya sebagai hab bagi rantau Asean. FTA juga akan merangsang lebih banyak syarikat New Zealand untuk mengembangkan operasi ke Malaysia kerana semua isu perdagangan dan pelaburan yang belum diselesaikan antara kedua-dua negara dapat ditangani.

 

Bidang Pendidikan

Katanya, hubungan tradisi sedia ada dengan New Zealand selama ini turut membabitkan bidang pendidikan dan pelancongan yang terus berperanan sebagai bidang penting. Selain itu, mereka turut berbincang mengenai bidang (hubungan) tradisi seperti pendidikan dengan Malaysia akan terus menjalinkan hubungan kukuh dengan New Zealand dan seperti dijangkakan, bidang pendidikan akan terus menjadi faktor utama.


Perdana Menteri berkata, bidang pelancongan antara kedua-dua negara juga menggalakkan, walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu apabila sebanyak 56,000 pelancong dari negara itu mengunjungi Malaysia pada tahun lalu.

Beliau berkata, walaupun jumlah perdagangan kedua-dua negara tahun ini agak berkurangan, Malaysia dan New Zealand yakin ia adalah fenomena sementara dan dijangka meningkat semula menjelang 2010 berikutan pemulihan ekonomi global. New Zealand akan terus berperanan sebagai rakan yang kuat dalam Perjanjian Lima Kuasa Pertahanan (FDPA) yang turut disertai oleh Australia, United Kingdom, Singapura selain Malaysia.

Menjawab soalan, Najib berkata, Malaysia juga berminat untuk bekerjasama dengan New Zealand dalam bidang alam sekitar berdasarkan rekod cemerlang negara berkenaan dalam bidang itu. Bagi Malaysia, kami komited untuk membangunkan teknologi hijau dan saya sangat berminat untuk bekerjasama dengan New Zealand untuk menjayakan agenda alam sekitar yang lebih baik di Malaysia.

Sementara itu, Key berkata, pemeteraian FTA adalah titik tolak penting kepada hubungan kedua-dua negara. Malaysia adalah pasaran penting kepada New Zealand dan satu daripada lapan rakan niaga terbesar dan kita mengharapkan pelaburan yang lebih tinggi pada masa depan. New Zealand menghargai hubungan dua hala dengan Malaysia, terutama dalam bidang pendidikan. Jumlah penuntut peringkat doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di New Zealand agak ramai dan kita berharap hubungan diperluaskan lagi membabitkan bidang pelancongan.

 


Sumber: Berita Harian