Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Apa Itu Dasar Luar Malaysia

Dalam pengertian umum, dasar luar merangkumi maklumat, rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara berhubung dengan negara-negara lain. Dalam pengertian yang terhad dasar luar hanya mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk mempengaruhi keadaan yang berlaku di luar kawalannya. Ia biasanya berubah bergantung kepada keadaan semasa.

 

Matlamat dan Prinsip Pembentukan Dasar Luar Malaysia

Objektif dasar sesebuah negara lazimnya bertujuan untuk melindungi kepentingan negara dalam perkara keselamatan dan kestabilan ekonomi. Di bawah pimpinan TAR (1960-an), dasar luar Malaysia bersifat pro-barat, anti komunis, dan berbaik-baik dengan negara di kawasan Asia Tenggara. Ia menggalakkan kerjasama serantau dalam hal ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Dasar luar Malaysia mengutamakan hubungan yang erat dengan negara-negara Asia Tenggara, negara-negara OIC, negara-negara berkecuali dan negara-negara Komanwel. Pada waktu tersebut, kepentingan ekonomi diberi keutamaan yang lebih berbanding dengan aspek politik dan keselamatan. Dasar luar Malaysia juga banyak bergantung kepada prinsip-prinsip berkecuali iaitu mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan, tanpa mengira ideologi atau kepercayaan mereka. Salah satu unsur penting prinsip dasar luar Malaysia ialah keenggannannya terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain dari perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara.

Beberapa perkara diambil kira dalam pembentukan dasar luar Malaysia :-

1.Negara kita terletak dalam kawasan yang strategik dari aspek geo-politik di rantau Asia Pasifik

2.Ekonomi Malaysia berasaskan bahan-bahan mentah, oleh itu ia hendaklah memastikan kestabilan politik di Asia Tenggara kerana keadaan stabil boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik

3.Malaysia mempercayai konsep Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu kewujudan sistem antarabangsa yakni semua negara dapat hidup dalam keadaan harmoni.

4.Sebagai bekas jajahan British Malaysia terus menganggotai pertubuhan negar-negara Komanwel

5.Malaysia memainkan peranan yang positif dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) MALAYSIA DAN ASEAN ÒASEAN telah ditubuhkan pada tahun 1967, dan dianggotai oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Singapura dan kemudiannya telah disertai oleh Brunei pada tahun 1984.

Negara-negara anggota ASEAN telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Dari sudut ekonomi, Malaysia telah mengadakan sistem ekonomi bebas (laissez faire) dan telah banyak membuat perjanjian dan perhubungan dengan negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Jerman, dan Jepun . Negara-negara ASEAN telah mengeluarkan beberapa kenyataan mereka dalam satu pertemuan dinamakan sebagai Deklarasi Bangkok an menitikberatkan perkara-perkara berikut :-

(a)Masalah dan kepentingan bersama

(b)Kerjasama serantau yang didorongi dengan semangat persamaan, persahabatan, keamanan, kemajuan dan kemakmuran

(c)Persefahaman dan kejiranan

(d)Membenarkan kedudukan sementara semua pengkalan asing dalam kawasan serantau.

 

Deklarasi tersebut juga telah menyenaraikan kegiatan-kegiatan seperti berikut :-

(a)Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan budaya serantau melalui penerokaan bersama

(b)Menyelenggarakan kestabilan dan keamanan serantau.

 

Ciri-ciri paling penting adalah mengutamakan kestabilan dan keselamatan, mengadakan kerjasama ketenteraan atau pertahanan dan membenarkan kedudukan sementara pengkalan-pengkalan asing. Tan Sri Ghazali Shafie menggariskan 3 kategori isu keselamatan iaitu dalaman, serantau dan luaran.

ASIA TENGGARA YANG BERKECUALI

Pada 27 November 1971, Menteri-menteri Luar ASEAN telah menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur dan menerima konsep dasar berkecuali yang dikenali sebagai ZOPFAN.

Objektif ZOPFAN adalah seperti berikut :-

(i) Untuk menjamin pengiktirafan bagi Asia Tenggara sebagai kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali, bebas daripada sebarang bentuk percampuran daripada kuasa-kuasa asing

(ii) Negara – negara Asia Tenggara hendaklah membuat usaha-usaha bersama untuk meluaskan bidang kerjasama yang akan menyumbangkan mereka kepada kekuatan, perpaduan dan perhubungan yang rapat.

 

“We believe that if Southeast Asia were to be made a neutral zone, we would be saved from any threat or indeed any calamity of war in future” (Tun Abd. Razak, Prime Minister, 1971)