Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)

unicef

Tabung Kanak-kanak PBB atau United Nations Children's Fund (UNICEF) merupakan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. UNICEF beribu pejabat di New York.

Program-programnya menekankan perkhidmatan menjaga kesihatan dan kebajikan kanak-kanak di peringkat masyarakat.


Sumber Kewangan
UNICEF bergantung kepada sumbangan kewangan daripada kerajaan-kerajaan dan juga penderma peribadi.

Matlamat
1) Kehidupan dan Perkembangan Kanak-kanak, Pendidikan Asas dan Kesamaan Jantina (yakni pendidikan untuk perempuan)

2) Perlindungan Kanak-kanak daripada Keganasan, Eksploitasi dan Penderaan

3) Pencegahan HIV/AIDS di kalangan kanak-kanak

4) Penyokongan Dasar Melindungi Hak Kanak-kanak serta Kerjasama dalam usaha sedemikian

5) UNICEF juga membantu dalam perkembangan kanak-kanak dari umur kecil, perkembangan remaja, dan kemahiran hidup berasaskan pendidikan.

Sila layari http://www.unicef.org/malaysia untuk perkembangan badan ini di Malaysia.