Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

afta

Definisi

AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran produk tempatan bagi semua negara-negara yang terlibat.

Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 manakala Kemboja pada 1999. Anggota AFTA ketika ini terdiri dari sepuluj buah negara ASEAN.

Tujuan

  • Untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dalam ASEAN.
  • Menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN.
  • Pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN
  • Mewujudkan perdagangan intra-ASEAN.
  • Pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar.

Sumber: Wikipedia

Artikel dimasukkan 20 Januari 2011