Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Malaysia - Australia Jalin Kerjasama Erat Tangani Isu Penyeludupan Manusia

australia

Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Australia pada 2 Mac 2011

Malaysia dan Australia akan terus menjalin kerjasama erat dalam menangani isu penyeludupan manusia, membanteras keganasan antarabangsa dan militan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hubungan tersebut dikukuhkan lagi dengan penubuhan Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia dan juga penubuhan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia.

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama tiga hari ke negara itu bermula 2 Mac 2011 dilihat berjaya merealisasikan usaha kedua-dua negara dalam menangani pelbagai isu secara bersama.

Datuk Seri Hishammuddin memberitahu, antara pihak yang terlibat dalam mewujudkan kerjasama baik dengan Malaysia adalah Australia Federal Police (AFP), Australia Secret Intelligence Services (ASIS) dan Australia Security Intelligence Organisation (ASIO).

Bentuk Kerjasama

Katanya, kerjasama itu melibatkan hubungan yang luas melalui perkongsian maklumat, kepakaran-kepakaran khusus, kerjasama teknikal, operasi, latihan dan peralatan. Kerjasama yang rapat ini membuahkan hasil yang memberansangkan dalam konteks keselamatan bukan sahaja antara kedua-dua negara malah turut membantu mengawal keselamatan serantau.

Antara kejayaan bersama yang telah kita capai adalah mengenai penangkapan seorang rakyat Iraq, Sayed Omeid yang dipercayai ketua sindiket penyeludupan manusia tidak berapa lama dulu. Warga Iraq itu telah didakwa di bawah Akta Imigresen dan kes berkenaan masih dalam perbicaraan sementara menunggu proses ekstradisi ke Australia.

Datuk Seri Hishammuddin berkata, Malaysia akan terus memperkasakan kerjasama dalam isu penyeludupan manusia dan menangani isu keganasan demi menjaga kepentingan serantau.

Sumber: Berita Harian dan Utusan Malaysia

Artikel dimasukkan pada 3 Mac 2011