Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Malaysia-India Sepakat Bendung Kegiatan Lanun

msia-india

India dan Malaysia akan meningkatkan usaha diplomatik untuk menggandakan aktiviti membendung kegiatan lanun, yang semakin mengancam kedua-dua negara yang berdagang itu.

Kedua-dua ekonomi itu, yang amat bergantung kepada perairan global untuk penghantaran tenaga dan bahan mentah, mudah terdedah kepada kegiatan melanun yang berkeliaran di perairan antarabangsa.

 

 

Topik itu berbangkit ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri India Manmohan Singh di kediaman rasmi beliau di Delhi pada 9-13 Mac 2011.

Sekurang-kurangnya 53 pelaut India masih berada dalam tawanan di Teluk Aden dan di perairan Somalia, ketika usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan mereka. Malaysia berdepan ancaman serupa pada Januari lepas apabila lanun Somalia cuba menawan sebuah kapal tangki kimia di Teluk Aden.

Komando Tentera Laut Diraja Malaysia mengadakan operasi yang berani untuk membebaskan kapal dan menahan tujuh lanun manakala 23 anak kapal pula berjaya diselamatkan.

Biro Maritim Antarabangsa (IMB) menganggarkan 53 buah kapal ditawan oleh lanun dengan menjadikan 1,181 anak kapal sebagai tebusan di seluruh dunia pada 2010 dan 49 kes dilaporkan di perairan Somalia.

Tan Sri Muhyddin turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Hal Ehwal Luar India S.M Krishna pada Jumaat.

Selaku rakan dagang yang akrab, India dan Malaysia mengadakan perbincangan mengenai cara untuk saling menyokong pencalonan masing-masing dalam pertubuhan antarabangsa seperti Suruhanjaya Undang-undang Antarabangsa dan Auditor Luar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Manmohan juga menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan India-Asean ke-20 yang dijadual diadakan di Delhi tahun depan.

Sumber: BERNAMA

22 Mac 2011