Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Syarikat China Berminat Melabur Di Malaysia

flag-pins-china-malaysia

Syarikat-syarikat China telah melahirkan minat masing-masing untuk melabur di dalam sektor tenaga diperbaharui solar Malaysia dan pelancongan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau menerima banyak pertanyaan dari banyak syarikat China berkaitan dasar kerajaan dan insentif Malaysia yang disediakan di dalam kedua-dua industri itu.

Menurutnya, kerajaan Malaysia mengalu-alukan lebih banyak syarikat China untuk melabur di dalam sektor tenaga diperbaharui, iaitu salah satu sektor yang mendapat galakan kerajaan Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin berkata Parlimen telah meluluskan skim tarif "feed-in" (FiT) baru-baru ini supaya industri tenaga diperbaharui mendapat manfaat darinya. Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas mengadakan rundinganan meja bulat dengan ketua-ketua industri China di Shanghai ketika melakukan lawatan rasmi seminggu ke China, pada April 2011.

FiT adalah mekanisma yang memberi keutamaan elektrik yang jana dari sumber tenaga diperbaharui semula jadi untuk dibeli oleh utiliti kuasa pada harga premium tetap dan bagi satu tempoh khusus.

Tan Sri Muhyiddin berkata beliau juga telah menjelaskan dasar-dasar kerajaan, proses kelulusan dan insentif yang disediakan kepada syarikat yang berminat di dalam industri solar, di segi pelaburan untuk membina hotel dan pusat peranginan, yang pelaburannya masih diperlukan.

Sesetengah syarikat China, katanya, yang berminat melabur dalam industri hospitaliti di Malaysia, turut mencadangkan Malaysia meningkatkan industri pelancongan, yang termasuk kos pengembaraan, kualiti produk dan makanan.

Beliau juga mengalu-alukan tawaran dari Hua Wei, syarikat telekomunikasi China yang mempunyai lebih 1,700 pekerja, untuk menubuhkan pusat latihan bagi industri telekomunikasi di Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersedia membantu syarikat China yang berminat melabur di Malaysia.

Sementara itu, di perundingan meja bulat berkenaan, Tan Sri Muhyiddin turut menyaksikan penandatanganan dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan China.

Ini termasuk penandatanganan MOU antara Schneider Electric (China) Investments Co Ltd dan Curtin University, Sarawak mengenai Projek Ladang Solar, antara Metro Kajang dan Guoao Investment and Development Co Ltd mengenai projek pembangunan teknologi hijau dan antara Imaprima Sdn Bhd dan China Triumph International Engineering Co Ltd mengenai projek klinker simen.

Sebelum itu, beliau menemui Datuk Bandar Shanghai Han Zheng dan Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Shanghai Parti Komunis China.

Sumber: BERNAMA

Artikel dimasukkan pada 3 Mei 2011