Selasa 11 December 2018
A- A A+
  • Utama
  • Berita
  • 7 Ogos - The Equanimity: PM ucap terima kasih kepada Jokowi

7 Ogos - The Equanimity: PM ucap terima kasih kepada Jokowi

7.8 kapal

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan pihak berkuasa Indonesia kerana menyerahkan kapal mewah 'The Equanimity' kepada Malaysia, hari ini.

"Saya ucap terima kasih kepada Indonesia kerana memberi kerjasama yang erat dengan Malaysia dan menyelesaikan satu daripada masalah yang kita hadapi kerana kita percaya kapal ini adalah milik kerajaan Malaysia kerana dibeli dengan duit Malaysia yang dicuri pihak tertentu.

"Kalau ada mana-mana pihak yang ingin dakwa bahawa kapal ini mereka punya, mereka boleh tunjuk bukti yang kapal ini dimiliki mereka, kita (kerajaan) ingin tahu daripada mana mereka mendapat wang yang begitu banyak untuk membeli kapal yang begitu mahal harganya," katanya dalam satu rakaman video dalam laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Beliau berkata sekiranya pemilik kapal dapat membuktikan pembelian kapal itu adalah menggunakan wang milik mereka maka pihak berkenaan akan menerima kembali kapal berkenaan daripada kerajaan Malaysia.

Katanya, mengikut laporan dan siasatan awal Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat, kapal berkenaan dibeli dengan wang yang dicuri dari syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya betul-betul berterima kasih kepada kerajaan Indonesia dan Presiden Indonesia, bapak Jokowi kerana menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Malaysia," katanya.

Sumber : Berita Harian Online, 7 Ogos

Real time web analytics, Heat map tracking