Isnin 22 October 2018
A- A A+
  • Utama
  • Berita
  • 8 Ogos - RUU Cukai Jualan 2018 diluluskan Dewan Rakyat

8 Ogos - RUU Cukai Jualan 2018 diluluskan Dewan Rakyat

8.8 ruu

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat malam ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 selepas bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagi selepas pembangkang mengemukakan usul meminta perbahasan bagi peringkat jawatankuasa, diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilih.

Usul dikemukakan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (BN-UMNO Beluran) mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2).

Peraturan itu menetapkan usul tidak boleh dibahas dan perlu diputuskan Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, kemudian mengarahkan undi belah bahagi dilakukan.

"Hasil undi belah bahagi, bilangan ahli yang bersetuju ialah 51 orang, yang tidak bersetuju 111 orang manakala yang tidak mengundi empat orang.

“Dengan ini usul dikemukakan Beluran ditolak," katanya.

Beliau kemudian menetapkan perbahasan di peringkat jawatankuasa RUU disambung esok.

Ketika sesi penggulungan, Guan Eng bertegang leher dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkang terutama Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau) yang meminta rasional pengenalan Cukai Jualan 2018 menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Sumber : Berita Harian Online, 8 Ogos

Real time web analytics, Heat map tracking