Sabtu 20 October 2018
A- A A+
  • Utama
  • Berita
  • 10 Oktober - Mangsa banjir kilat di Kedah meningkat

10 Oktober - Mangsa banjir kilat di Kedah meningkat

10.10 banjir

ALOR SETAR: Seramai 550 mangsa daripada 167 keluarga di tiga daerah di negeri ini dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir kilat yang melanda sejak Isnin lalu.

Menurut Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Mejar (PA) Imran Azemi, sehingga 7.30 pagi ini, sebanyak empat PPS dibuka di Kota Setar, lima di Baling dan satu di Kubang Pasu.

Di Kota Setar, seramai 138 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah sementara di PPS SK Gunung ada 79 mangsa merangkumi 30 keluarga, PPS Surau Aassyakirin (60 mangsa daripada 21 keluarga) dan PPS SK Suka Menanti (12 orang daripada 3 keluarga).

“Daerah Baling ialah di PSS Dewan Orang Ramai Kampung Banggol Derom dengan 56 mangsa daripada 14 keluarga, PSS Dewan Batu 60 dengan 44 mangsa (12 keluarga) dan PPS Dewan Risda Kampung Tanjung Pari dengan 32 mangsa (9 keluarga).

“Sementara itu, di PSS Dewan Kampung Weng Luar di Mukim Siong dengan 31 mangsa (10 keluarga) dan PSS Dewan Orang Ramai Keda Batu 8 melibatkan 21 mangsa daripada enam keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, satu pusat pemindahan di Baling yang dibuka 3 petang semalam telah ditutup pada 8 malam tadi iaitu PSS SK Siong manakala di Kubang Pasu, satu pusat dibuka di PSS Lubuk Batu membabitkan 77 mangsa daripada 12 keluarga.

Imran berkata, kejadian banjir kilat itu disebabkan hujan lebat yang melanda sejak Isnin.

Sumber : Berita Harian Online, 10 Oktober 2018
Sumber Foto : NSTP

Real time web analytics, Heat map tracking