Isnin 12 November 2018
A- A A+

BUDAYA MEMBONGKOK MASYARAKAT JEPUN

Pendahuluan

Seperti diketahui umum, masyarakat Jepun adalah masyarakat yang cukup lemah lembut dan sopan. Mengapakah hal demikiannya? Salah satu sebabnya adalah kerana mereka sangat sering membungkuk. Baik dari segi meminta maaf, berkenalan, berziarah di rumah orang, meminta kebenaran berbuat sesuatu, bahkan sehingga berbicara di telefon pun orang Jepun sering membungkuk sedikit (walhal orang yang berbicara dengannya tidak melihat dia).
Membungkuk (bahasa Jepun, ojigi) adalah suatu kemestian. Tradisi ini sudah dididik daripada peringkat kanak-kanak lagi. Mari kita lihat jenis-jenis membungkuk dalam masyarakat Jepun?
1. Mengangguk-angguk kepala, 5 Darjah:
Ianya hanya berupa anggukan kecil kepala anda. Cara anggukan ini lebih kebiasaannya digunakan semasa anda bertemu dengan teman-teman lama, jiran tetangga, atau keluarga terdekat. Juga, kalau anda orang yang berpangkat tinggi (seperti Perdana Menteri atau Boss Yakuza), anda juga biasanya mengangguk seperti ini kepada orang-orang yang membungkuk kepada anda. Ini seolah-olah bererti orang lain menghormati anda, anda cukup mengangguk saja untuk menerima penghormatan daripadanya.

 

jepun tunduk

                                                                                                                                         

2. Membungkuk Salam (Eshaku), 15 Darjah:
Cara membungkuk ini sedikit lebih formal. Ia digunakan untuk memberi salam kepada orang-orang yang sudah anda kenal di tempat kerja atau kepada orang-orang yang anda kenal tapi tidak terlalu rapat.
3. Membungkuk Hormat (Keirei), 30 Darjah:
Cara membungkuk ini adalah sangat formal. Ianya digunakan untuk menunjukkan rasa hormat anda kepada boss di tempat kerja, kepada orang-orang yang jawatannya lebih tinggi atau kepada mereka yang jauh lebih berusia.
4. Membungkuk Hormat Tertinggi (Sai-keirei), 45 Darjah:
Ini adalah cara membungkuk yang sangat mendalam ertinya. Ianya adalah cara anda menunjukkan rasa bersalah anda yang sangat dalam. Ini adalah cara anda meminta maaf andaikata anda telah melakukan kesalahan besar. Atau ianya juga pada kebiasaan untuk memberikan hormat kepada orang-orang yang sangat tinggi jawatan dan status sosialnya, seperti Maharaja atau Maharani misalnya.
5. Membungkuk Berlutut:
Membungkuk cara ini adalah yang paling berat dan anda sangat jarang akan melihat orang membungkuk seperti ini di muka umum. Orang-orang Jepun akan berlutut seperti ini jika seseorang itu telah melakukan kesalahan-kesalahan yang sangat besar, seperti kesalahan yang mengakibatkan kematian orang lain. Ini juga cara orang-orang Jepun menghormati Maharaja atau pembesar-pembesar di zaman dahulu.
Pokoknya, semakin anda menghormati seseorang tersebut, semakin besar darjah kebungkukan anda. Hal ini juga bermaksud semakin besar perasaan bersalah anda kepada seseorang, juga semakin besar darjah kebungkukan anda. Tidak hairanlah orang ramai mengatakan bahawa masyarakat Jepun juga dikenali sebagai masyarakat yang paling kerap meminta maaf.

Kesimpulan
Meminta maaf bererti mengakui kekurangan diri sendiri, Hal ini sangat berlainan dengan masyarakat negara lain di mana mereka lebih cenderung untuk enggan meminta maaf sebelum terbukti siapa yang melakukan kesalahan. Tetapi di Jepun, kata “egoisme” tidak ada tempat untuk berkembang. Di Jepun, meminta maaf dianggap sebagai sebagai suatu kewajiban, meskipun belum tentu anda yang bersalah. Permintaan maaf menunjukkan kerelaan seseorang untuk bertanggung jawab dan menghindari sikap suka menyalahkan orang lain.
Tidak menghairankan juga ramai pemerintah tertinggi Jepun yang lebih rela mengundurkan diri daripada terus dibicarakan orang ramai walaupun belum terbukti mereka benar-benar bersalah, hanya dituduh melakukan rasuah tanpa penyiasatan belum dimulakan lagi untuk membuktikan mereka bersalah. Hal ini agak berlainan dengan negara-negara lain termasuk Malaysia.
Sumber:  Jepun net.com

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking