Isnin 12 November 2018
A- A A+
  • Utama
  • BUDAYA
  • Artikel
  • NILAI-NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA DALAM INSTITUSI PEMBELAJARAN DAN INSTITUSI PERKHIDMATAN

NILAI-NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA DALAM INSTITUSI PEMBELAJARAN DAN INSTITUSI PERKHIDMATAN

Antara Guru dan pelajar
" Guru sentiasa mendidik murid-murid bukan sahaja dengan ilmu bahkan budi bahasa dan akhlak.
" Sekolah juga mesti mendidik disiplin yang membolehkan setiap pelajar berkelakuan baik.
" Ucapan " Selamat Pagi" dan  "Assalamualaikum" merupakan amalan terbaik antara pelajar dan guru.
" Berdisiplin termasuk beratur dalam perhimpunan mingguan, masuk ke dewan,  duduk dalam bilik darjah dan ketika bertemu guru dan Pengetua.
" Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral.
" Amalan budi bahasa boleh mengelakkan segala masalah sosial.
" Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral.
" Amalan budi bahasa boleh mengelakkan segala masalah sosial.

 

cium tgn

Antara Pelajar Dengan Pelajar dan Rakan Sebaya
" Membiasakan diri mengucapkan salam atau sesama rakan pelajar dan rakan sebaya.
" Menghormati dan menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya.
" Tidak mengganggu suasana ketenangan belajar di kelas, perpustakaan, makmal dan di tempat-tempat lain.

INSTITUSI PERKHIDMATAN
  Antara Ketua dan Anggota Yang Dipimpin
" Layanan yang baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra.
" Ketua harus mempunyai ketinggian budi bahasa dan nilai-nilai baik untuk diteladani  orang bawahan.
" Menghormati anggota yang dipimpin serta menunjukkan sikap dan hubungan mesra.
" Baik sangka dan sedia menerima pandangan anggota yang dipimpin.
" Memberi teguran secara tertib, berhemah dan mematuhi peraturan.
" Ketua yang baik perlu adil dan saksama dalam membuat pertimbangan dan keputusan, tidak melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Antara Orang Yang Dipimpin dan Ketua
" Mematuhi arahan ketua.
" Sentiasa menepati masa  untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan.
" Sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Antara Rakan Sekerja
" Saling menghormati antara satu sama lain untuk membina setia kawan yang erat dan teguh.
" Keakraban boleh melahirkan kemesraan dan rasa saling membantu dan tolong-menolong.
" Menunjukkan budi pekerti yang mulia, budi bahasa dan bertimbang rasa akan mewujudkan semangat kerja yang tinggi dalam usaha mencapai matlamat dan misi organisasi.
" Mengamalkan sikap bermuafakat dalam melaksanakan tugas.
" Sentiasa menjaga kebersihan diri dan berpakaian kemas dan terurus.
" Menerima nasihat, tunjuk ajar dengan hati yang terbuka.
" Tidak menggunakan waktu dan kemudahan   untuk urusan peribadi.
" Hormat-menghormati sesama rakan pejabat dengan percakapan yang sopan santun dan menunjukkan rasa hormat.
" Menggunakan bahasa dan gerak geri yang  sesuai berdasarkan umur dan pangkat.

Sumber disunting : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia/ Buku Kecil Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa BPDN

 

             
 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking