Isnin 17 December 2018
A- A A+

AMALAN NILAI-NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA

INSTITUSI KEKELUARGAAN
• Antara Ibu Bapa dan Anak
• Ibu bapa wajib mendidik, membimbing dan menegur anak-anak .
• Ibu bapa mesti menunjukkan teladan terbaik.
• Mendidik anak-anak supaya patuh kepada orang tua
• Menyayangi mereka.
• Pertuturan dalam nada lembut..
• Mendidik anak-anak sentiasa sopan dan saling hormat-menghormati.

 

 

cium tgn

 

Antara Anak dan Ibu Bapa
• Tutur kata anak kepada ibu bapa hendaklah sopan, lembut dan penuh hormat.
• Anak-anak tidak boleh menghina ibu bapa dalam keadaan apa jua sekali pun.
• Berpakaian dan bertingkah laku sopan apabila berhadapan dengan ibu bapa.
• Sentiasa berdoa agar kedua-dua ibu bapa dalam keadaan sihat dan sentosa.

Antara adik-beradik
• Adik menghormati abang atau kakak yang lebih tua.
• Memanggil dengan panggilan “ Abang Long”, Kak Cik, Abang Ngah   dan sebagainya.
• Setiap pergaulan dan kelakuan  perlu sopan santun.
• Sentiasa mesra dan bersikap baik.
• Melahirkan kemesraan dan setia kawan.
• Saling bantu-membantu di antara satu sama lain.

Antara saudara mara
• Komunikasi dan pergaulan harus berasaskan rasa hormat, sopan dan santun.
• Kunjung mengunjungi  merapatkan hubungan.
• Saudara mara patut diperkenalkan antara satu sama lain.

Suntingan: Buiku Kecil Nilai-Nilai Murni dan Budi Bahasa (PDN)

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking