Category: Kesihatan

Posted on: 22/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- Warga emas, golongan berisiko digesa terima dos penggalak

Kerajaan Pulau Pinang menggesa warga emas dan golongan berisiko tinggi agar mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata tindakan mereka menolak dos penggalak akan menyukarkan usaha kerajaan negeri menangani penularan wabak tersebut. “Setakat ini hampir 35,000 orang telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19, namun ada kira-kira 40 peratus yang tidak hadir  janji temu seperti ditetapkan dalam MySejahtera dan menyebabkan Pulau…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

AstraZeneca, CoronaVac diluluskan bersyarat sebagai dos penggalak

Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac sebagai dos penggalak COVID-19 kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksin siri primer daripada jenis yang sama (homologous). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas sela masa enam bulan daripada penerimaan dos kedua vaksin tersebut.…

Posted on: 16/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia sedia jadi hab rawatan hepatitis C

Malaysia bersedia menjadi hab rawatan hepatitis C dengan menawarkan rawatan kombinasi ubat Ravidasvir dan Sofosbuvir pada harga berpatutan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata produk baharu bagi pelancongan kesihatan itu ditawarkan susulan Malaysia menjadi negara pertama diberi kelulusan bersyarat untuk menawarkan rawatan daripada gabungan dua ubat tersebut. “Kita akan memasarkan rawatan ini kepada pengembara dari luar negara dan oleh kerana ia merupakan rawatan jangka masa sederhana sekitar tiga bulan, kita…

Posted on: 11/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ambil berat penjagaan kesihatan melibatkan diabetes

Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru rakyat Malaysia agar terus memainkan peranan dalam penjagaan kesihatan melibatkan penyakit diabetes meskipun negara masih dilanda penularan wabak COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Malaysia, satu daripada lima individu berusia 18 tahun ke atas dilaporkan menghidap diabetes pada 2019 tanpa pengetahuan mereka. “Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih kurang 463 juta orang dewasa di seluruh dunia penghidap penyakit diabetes pada…

Posted on: 09/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID: Malaysia rekod penurunan kes kematian bagi minggu epidemiologi ke-44

Malaysia mencatatkan penurunan 27.2 peratus dalam kes kematian berkaitan COVID-19 untuk Minggu Epidemiologi (ME) ke-44 dari 31 Oktober hingga 6 November iaitu kepada 380 kes daripada 522 kes pada ME ke-43.  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun kadar kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan peningkatan dua peratus iaitu kepada 516 kes berbanding 505 kes pada minggu epidemiologi sebelumnya.  “Kebanyakan indikator utama menunjukkan trend penurunan. Kes baharu COVID-19 menunjukkan…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RENCANA: Derita pesakit sindrom Tourette

Mungkin bagi kebanyakan rakyat negara ini Sindrom Tourette ialah satu istilah asing, sekalipun menurut pakar kira-kira 0.3 hingga 1.0 peratus daripada populasi Malaysia berkemungkinan mengalami sindrom itu. Antara gejala utama sindrom itu ialah mereka yang mengalaminya membuat sesuatu pergerakan atau mengeluarkan bunyi dan kata-kata secara tiba-tiba serta berulang di luar kawalan. Insiden juga boleh melibatkan perkataan yang dikeluarkan adalah kesat berbentuk makian dan cacian. Pakar neurologi Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Shahir Mawardi berkata…

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kadar kematian akibat TB meningkat kesan kemunculan COVID-19

Kadar kematian akibat Tuberkulosis (TB – penyakit batuk kering) di Malaysia meningkat lima peratus dan pengesanan kes menurun sebanyak 10 peratus tahun lepas berbanding 2019, berikutan kesan kemunculan pandemik COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata disebabkan persamaan tertentu dalam sifat kedua-dua penyakit berjangkit ini, ia membawa kepada kemunculan beberapa akibat yang tidak dapat dielakkan. Menurutnya semasa langkah-langkah bagi  membendung wabak itu mengalihkan sumber dan memberi kesan kepada perkhidmatan…

Posted on: 27/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Majlis Strok Malaysia lancar kempen ‘save Precious Time’

Majlis Strok Malaysia (MSC) melancarkan kempen ‘Save Precious Time’ bertujuan meningkatkan kesedaran tentang tanda amaran strok, bersempena dengan Hari Strok Sedunia 2021 yang disambut pada 29 Okt setiap tahun. Kempen itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Strok Sedunia dan organisasi tempatan yang menyokong penyakit strok iaitu Persatuan Kebangsaan Angin Ahmar Malaysia (NASAM). Naib Pengerusi MSC Dr Wan Asyraf Wan Zaidi berkata kempen itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menghabiskan masa berharga dengan pesakit…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM masih teliti vaksin kanak-kanak bawah 12 tahun

KUALA LUMPUR: Malaysia setakat ini masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat pengeluar vaksin COVID-19 bagi meneliti kesesuaian untuk pemberian vaksin itu kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaksin ke atas golongan itu berdasarkan bukti saintifik melalui kajian klinikal serta data sebenar di peringkat dunia. “Setakat ini,…