Category: Tempatan

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Boleh bawa anak ‘dine-in’, riadah dan melancong di Kelantan

Anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah di Kelantan dibenarkan untuk ‘dine-in’ di restoran, beriadah serta melancong di dalam negeri ini bersama keluarga atau penjaga yang sudah lengkap menerima dos vaksin Covid-19 bermula Khamis. Bagaimanapun, kebenaran itu tidak terpakai bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri ini. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160959/EDISI/Boleh-bawa-anak-dine-in-riadah-dan-melancong-di-Kelantan Sumber: Sinar Harian

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM jadi suara kerajaan, rasa denyutan nadi rakyat

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi jaminan akan menjadi suara kerajaan dan merasa denyutan nadi rakyat. Demi memastikan perkara itu dilaksanakan, menterinya, Tan Sri Annuar Musa akan mengubah KKMM menjadi sebuah kementerian yang bukan sahaja membawa informasi kepada rakyat tetapi juga sebagai satu kementerian yang responsif dan proaktif kepada keperluan rakyat. Sumber: Youtube Astro Awani

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Mara Kelantan lulus RM11.8 juta bantu usahawan

Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kelantan telah meluluskan sebanyak RM11.8 juta melalui pelbagai skim kemudahan pembiayaan Mara melibatkan seramai 217 orang usahawan di negeri ini. Ahli Majlis Mara, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, ia meliputi pembiayaan Mara seperti Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE), Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPIM), Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) dan Skim Dananita. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160964/EDISI/Mara-Kelantan-lulus-RM118-juta-bantu-usahawan Sumber: Sinar Harian

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bayi lahir di luar negara dapat kerakyatan automatik

Bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warga negara Malaysia dan pasangan rakyat asing, berhak mendapat kerakyatan negara ini secara automatik. Perkara itu diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir, yang membuat keputusan itu dalam penghakimannya berkata, perkataan ‘bapa’ dalam Jadual kedua Perlembagaan Persekutuan mesti bermaksud dan merangkumi ibu. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/861845/bayi-lahir-di-luar-negara-dapat-kerakyatan-automatik Sumber: Berita Harian

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID-19 | Dapatkan Bantuan Jika Alami Tekanan

“Segera dapatkan bantuan jika mengalami tekanan atau kerisauan melampau”. Itu pesanan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada hari ini. Ujar beliau, Talian Kasih dan Befrienders sentiasa dibuka untuk menerima panggilan dan mendengar luahan. Masyarakat juga menurut beliau perlu peka dan mengenal kecenderungan tingkah laku bunuh diri memandangkan situasi pandemik COVID-19 mempengaruhi kesihatan mental yang juga meningkatkan risiko untuk membunuh diri. Beliau mengingatkan orang…

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

CEGAH BUNUH DIRI | KKM Laksana Lima Inisiatif Pencegahan

Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri dengan tema ‘Bertindak Segera, Harapan Terbina’, Kementerian Kesihatan (KKM) komited melaksanakan lima inisiatif pencegahan bunuh diri. Malah akan mengenalpasti secara spesifik faktor dan sebab kemurungan yang boleh menyebabkan situasi seperti ini berlaku. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, ini juga bagi menghapuskan stigma berkaitan tingkah laku bunuh diri. Inisiatif itu antaranya, menambah pegawai kaunseling di peringkat…

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Belajar di sekolah rangsang minda, semangat pelajar

Pembukaan sekolah secara berperingkat yang dijadualkan pada bulan depan diyakini dapat merangsang pemikiran pelajar untuk terus belajar dalam persekitaran kondusif dan memberangsangkan. Proses pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih mudah dengan wujudnya komunikasi dua hala antara guru dan pelajar sekali gus meningkatkan daya kefahaman terhadap sesuatu mata pelajaran. Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/09/belajar-di-sekolah-rangsang-minda-semangat-pelajar/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

3 faktor individu lengkap divaksin masih tiada sijil digital

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengenal pasti tiga faktor utama yang menyebabkan ada individu yang sudah lengkap dua dos namun masih belum menerima sijil digital vaksin. Tiga faktor terbabit ialah nombor siri vaksin yang tidak dikemaskini di stesen terakhir, maklumat penerima dalam aplikasi MySejahtera berbeza dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta suntikan vaksin di luar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/3-faktor-individu-lengkap-divaksin-masih-tiada-sijil-digital/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia rekod RM7.7 bilion aliran masuk modal pelabur asing

Malaysia terus merekodkan aliran modal pelabur asing yang positif didorong kemajuan dicapai menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bulan lalu Malaysia merekodkan RM7.7 bilion dari segi aliran masuk modal pelabur asing iaitu pencapaian tertinggi sejak Jun lalu sekali gus mengimbangi aliran keluar bagi dua bulan sebelum itu.  Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/nasional/2021/09/malaysia-rekod-rm7-7-bilion-aliran-masuk-modal-pelabur-asing/ Sumber: Utusan Malaysia