Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Tawar Pinjaman Sehingga 105 Peratus

Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.

Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.

Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak.

Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang.

pmprima

Perdana Menteri melihat model rumah selepas majlis Pelancaran Program Perumahan 1Malaysia, di Putrajaya
pada 4 Julai 2011

Projek PR1MA

  • Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.
  • Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi.
  • Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000.
  • Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah.
  • Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).
  • Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai.

Sumber : Berita Harian

Artikel dimasukkan pada 5 Julai 2011