
Ekonomi Malaysia berkembang bersadarkan kepada beberapa faktor peningkatan ekonomi global, pertumbuhan pesat ekonomi domestik, sektor perbankan yang kukuh dan dasar kerajaan yang sedang diamalkan
|
Pakej Perlaksanaan RM 7 bilion |
||
|
|
||
|
Strategi Khusus Bajet 2009 |
||
|
Menjamin Kesejahteraan Rakyat |
Membangunkan Modal Insan Berkualiti |
Memperkukuhkan Daya Tahan Negara |
|
Membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana (RM1,200 juta) · SPNB (Rumah Mesra Rakyat 6,500 unit · JPN, KPKT (Program Perumahan Rakyat-4,000 unit · PPRT KKLW(Program Bantuan)-15,000 unit · |
Menubuhkan Dana Program Latiahn Kemahiran (RM 300 Juta) |
Dana Pelaburan untuk menarik pelaburan swasta(RM1,500 juta) |
|
Menjamin Kesejahteraan Rakyat |
Membangunkan Modal Insan Berkualiti |
Memeprkukuhkan Daya tahan Negara |
|
Perlaksanaan projek perumahan terbengkalai oleh SPNB (RM 200 juta) |
Membiayai program latihan kemahiran golongan belia di institusi latihan swasta (RM 200 juta) |
Menaik taraf, membaik pulih dan menyenggara kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan jalan raya (RM 500 juta) |
|
Meyenggara dan memantapkan sistem pengangkutan awam di bandar utama (RM 500 juta) |
Memperkasa golongan belia melalui program baru seperti rakan muda sekolah & rakan muda sektoral (RM100 juta) |
Menaik traf, membaik pulih dan menyenggara jalan luar bandar, jalan kampung dan pertanian (RM 500 juta) |
|
Menambah premis pernigaan untuk usahawan kecil dan sederhana di bawah MARA (rm 100 juta) |
Memantapkan program pendidikan awal seperti PERMATA,Tadika, KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas pra-sekolah (RM 200 juta) |
Menaik taraf, membaik pulih dan menyenggara balai dan kuaters polis serta kem dan kuaters tentera (RM 500 juta) |
|
Program Peyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) (RM 600 juta) |
Bantuan Kewangan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, mission schools, SJK Cina dan SJK Tamil (RM 200 juta) |
Menyegerakan pelaksanaan Projek JalurLebar Berkelajuan Tinggi (RM 400 juta) |
|
RM 2,600 juta |
Rm 1,000 juta |
RM 3,400 juta |
|
RM 7,000 juta |
||
Selain pakej rangsangan RM 7 billion, langkah-langkah berikut juga akan dilaksanakan:
Untuk meningkatkan keberkesanan perbelanjaan Kerajaan:
-
Projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import yang rendah akan diutamakan
-
Pelaksanaan pendaftaran serta liputan penuh penerima bantuan kebajikan masyarakat berdasarkan tahap kelayakan baru akan dipercepatkan.
-
Pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dalam sektor awam secara kontrak akan dipercepatkan.
Untuk menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif serta penjanaan peluang pekerjaan yang mapan bagi sektor swasta:
-
Tanah Kerajaan di lokasi strategik akan dibangunkan secara usaha sama dengan sektor swasta dan GLC, yang juga akan mempelbagaikan hasil Kerajaan
-
Duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang bagi sektor pembinaan dan pembuatan akan dihapuskan, manakala Approved Permit (AP) bagi keluaran besi keluli panjang juga dikecualikan
-
Pembelian hartanah komersil bernilai RM 500,000 atau lebih, untuk kegunaan sendiri, dibenarkan tanpa kelulusan FIC
-
Dana tambahan sebanyak RM 200 juta akan disediakan bagi skim mikro kredit di bawah seliaan Bank Negra Malaysia
-
Permit kerja akan terus diberi kepada knowledge worker
-
Proses pengambilan professional, pengiktirafan kelayakan asing serta pengeluaran visa di bawah program pelanconagn kesihatan dan pendidikan dipermudahkan
-
Syarikat GLC kan melaksanakan program Graduate Employability Management Scheme (GEMS) untuk melatih 12,000 graduan dalam tempoh 2 tahun
-
Masa perniagaan pasar raya besar dan pusat membeli-belah dilanjutkan
Untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan mengekalkan permintaan dalam negeri:
-
Potongan caruman pekerja KWSP boleh dikurangkan secara mengekalkan sebanyak 3% selama 2 tahun, mulai 1 Januari 2009
-
Had kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam dipertingkatkan
-
Pinjaman perumahan bagi penjawat awam untuk hartanah di pasaran sekunder di mana hak milik strata belum dikeluarkan boleh dibenarkan
-
Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan Kerajaan sedia ada dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun
Langkah-langkah di atas merupakan pakej ransangan yang komprehensif yang bukan sahaja disasarkan untuk menangani impak krisis kewangan global pada tahun 2009, malah meletakkan asas-asas yang kukuh bagi mengekalkan momentum pertumbuhan negara yang mapan demi mencapi objektif Misi Nasional dan Wawasan 2020.
Sumber Maklumat: Kementerian Kewangan Malaysia